SUASANA masjid kembali meriah dengan kehadiran jemaah untuk menunaikan solat sunat tarawih termasuk kanak-kanak.Namun, kehadiran anak-anak ketika solat tarawih turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan jemaah dewasa. Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa terganggu dan berharap ibu bapa tidak membawa anak-anak yang belum matang ke masjid.Berdasarkan pengalamannya, wanita itu mendakwa pernah dipukul menggunakan sebatang penyapu oleh seorang kanak-kanak ketika dia sedang khusyuk solat. Ibu bapa perlu mengawasi tingkah laku anak-anak di dalam masjid. -Gambar hiasan Keadaan itu katanya menganggu jemaah dan dia berpendapat kanak-kanak tidak sesuai dibawa ke masjid."Tolong la nanti tarawih jangan bawa anak, saya pernah kena hempuk dengan batang penyapu ketika solat."Saya tahu nak buat ibadat tapi anak anda menganggu kami," kata jemaah tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkeras pergi solat tarawih di masjid, tak peduli rayuan isteri sakit - “Dosa ke minta jaga aku dan anak?”ARTIKEL BERKAITAN: Anak akhirnya dapat tarawih bersama bapa tiri... Dulu disimbah gulai sebab ajak ayah kandung ke masjidSelain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman lucu namun mencabar keimanan apabila perbualan spontan kanak-kanak mencetuskan situasi sukar menahan ketawa ketika solat."Tengah sembahyang ada abang sebelah aku pakai baju kelas ada nama-nama dekat belakang baju."Budak saf belakang boleh menyembang pasal baju tu, siap ada budak cakap... eh, ada nama abang aku la dekat belakang baju abang ni."Lepas tu kawan dia balas... abang kau bukan tak sekolah ke'? Aku dengan abang sebelah mengigil badan tahan gelak," katanya.Kehadiran kanak-kanak ketika tarawih mencetuskan reaksi berbeza jemaah.Ada jemaah mengadu ibadah terganggu akibat gelagat anak kecil.Perbualan spontan kanak-kanak mencabar kekhusyukan solat.Ada ibu bapa berjaya melatih anak ke masjid secara berperingkat.Netizen sarankan didik adab anak sebelum dibawa ke masjid.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam masa sama, terdapat ibu yang berkongsi pengalaman positif membawa anak ke masjid sejak berusia tiga tahun dengan pendekatan berperingkat. “Awal-awal memang anak mengganggu, tapi lama-kelamaan dia faham. Sekarang setiap kali Ramadan, anak paling teruja nak ke masjid,” katanya.Selain itu, sebahagian netizen mencadangkan agar ibu bapa melatih anak-anak terlebih dahulu tentang adab di masjid sebelum membawa mereka menyertai solat tarawih secara berjemaah.“Anak-anak perlu diajar mencintai masjid, tapi akhlak dan disiplin perlu dibentuk dari rumah. Bila dah faham dan boleh jaga tingkah laku, barulah dibawa ke masjid,” katanya.