suria

Suami berkeras pergi solat tarawih di masjid, tak peduli rayuan isteri sakit - “Dosa ke minta jaga aku dan anak?”

Umat Islam berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah di bulan Ramadan.

KEDATANGAN Ramadan amat ditunggu-tunggu kerana pada bulan yang mulia ini umat Islam akan melipatgandakan ibadah demi mencari keredaan Allah.

Selain berpuasa, solat tarawih juga menjadi ibadah yang dinanti-nantikan sekali gus menyaksikan ruangan saf di kebanyakan masjid dipenuhi jemaah lelaki dan wanita, termasuk kanak-kanak.

Namun dalam mengejar untuk bersolat tarawih di masjid, rupa-rupanya ada kisah sedih membabitkan seorang wanita.

Umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid. -Gambar hiasan The Star

Situasi berkenaan berlaku pada hari pertama umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa iaitu pada Selasa.

“Selepas berbuka puasa semalam, aku tak larat nak handle anak yang kecil. Jadi, aku minta suami untuk tolong uruskan.

“Tapi suami pula bertegas nak pergi solat tarawih (di masjid) walaupun aku tak sihat,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Mic tak on, imam solat tarawih terkejut keajaiban diharapkan benar-benar berlaku! Bilal nampak garang jadi hero - “Silap saya tak periksa dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon vibrate masa solat tarawih di surau, imam dedah ada kisah silam cengkerik masuk kain - “Geli di dada sampai terasa dekat ketiak”

Menyedari keadaan kesihatannya yang membimbangkan, dia merayu pada suami agar berada di rumah bagi menjaganya dan anak yang masih kecil.

Malangnya, si suami masih berkeras dan tidak memahami kesakitan dan keletihan yang dialaminya pada hari pertama Ramadan.

“Apabila aku minta dia stay, dia cakap kenapa halang dia solat? Dosa ke aku minta suami jaga aku dan anak? Selepas tarawih, dia ke (restoran) mamak.

“Menangis aku menahan sakit sambil menjaga anak,” luahnya lagi.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan tindakan suami wanita itu yang bersikap lepas tangan dan tidak prihatin dengan keluarga sendiri demi menunaikan solat tarawih di masjid.

“Bulan-bulan puasa ni baca luahan macam ni, nak marah rasa. Suami yang tak ada ihsan, selagi isteri tu hidup, boleh bernafas, selagi itulah dia nak kerahkan.

“Kenapa suami tu tak bawa anak ke masjid? Penting diri sendiri betul jadi lelaki ni rupanya. Terpaling kerja keras, terpaling kuasa veto, terpaling ego... padahal lemah je.

“Bukan nak pergi tarawih sangat pun tu. Nak melepak je lebih. Tarawih kat rumah pun boleh. Yang wajib entah buat ke tidak.

Last la tu beranak puan. Dah cukup, daripada situ dah tahu kebodohan suami hang tahap mana. Anak nak, jaga anak tak nak,” demikian antara komen netizen.

Bukan nak pergi tarawih sangat pun tu... nak melepak je lebih.

NETIZEN

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum solat tarawih adalah sunat, sama ada dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Kesimpulannya, hukum menunaikan solat tarawih secara bersendirian adalah dibolehkan dan yang paling afdal adalah menunaikannya secara berjemaah.

“Dibolehkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah,” katanya.

Solat tarawih boleh dilakukan secara bersendirian di rumah. -Gambar hiasan

Berkenaan dengan tatacara pelaksanaan solat tarawih di rumah pula, waktu untuk mendirikan solat tarawih secara berjemaah adalah sebaik sahaja solat Isyak selesai didirikan dan tempoh pelaksanaannya boleh dilakukan sehingga terbitnya fajar.

“Solat dipimpin oleh seorang lelaki dewasa, sama ada ayah atau anak-anak lelaki. Bacaan di dalam solat adalah dengan membaca mana-mana surah yang mudah dan juga bacaan surah yang dihafal.

“Meskipun begitu, jika imam ingin membaca bacaan al-Quran di dalam solat tarawih dengan melihat mushaf di hadapan, kami berpendapat hukumnya adalah harus.

“Boleh untuk memilih sama ada hendak melakukan solat tarawih sebanyak lapan rakaat mahupun 20 rakaat iaitu dipisahkan setiap dua rakaat dengan satu salam,” katanya sambil menambah solat witir dilakukan setelah selesai solat tarawih secara berjemaah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain