Kekangan kerja membuatkan ada ibu bapa terpaksa meninggalkan anak kecil mereka di rumah. -Gambar hiasan AI
ANAK sulung lazimnya memikul tanggungjawab lebih besar dalam keluarga, biarpun usia mereka masih mentah.Dalam sesetengah keadaan, si anak sulung terpaksa mengalah dan berkorban demi memastikan adik-beradik lain mendapat perhatian sewajarnya. Perkara itu turut dikongsikan seorang wanita menerusi media sosial apabila meluahkan rasa sebak terhadap anak sulungnya yang banyak berkorban biarpun baru berusia lapan tahun.Segelintir ibu bapa memilih untuk meninggalkan anak mereka di kampung waktu cuti sekolah. -Gambar hiasan AI"Anak sulung saya lelaki, usianya lapan tahun. Semasa cuti Tahun Baru Cina saya hantar anak nombor tiga balik kampung. "Anak sulung nak ikut stay kampung tok dan tokwan. Tapi saya tak bagi sebab kena jaga adik yang lain di rumah," tulisnya dalam hantaran di Threads.Tambah wanita itu, anak sulungnya meluahkan rasa sedih kerana permintaannya tidak dipenuhi, namun akur dengan keputusannya.ARTIKEL BERKAITAN: Kakak sulung reda membujang sampai tua, pikul amanah jaga adik hidap masalah mentalARTIKEL BERKAITAN: Tengok muka terus nak duit! Wanita anak sulung makan hati hadap perangai mak... Umur 60 tahun masih ligat main kutu, buat hutangIni kerana dia sedar perlu mengutamakan peranannya sebagai abang sulung yang perlu mengambil alih menjaga adik-adik apabila ibu bapa bekerja. "Dia sedih. Dia kata... kan best kalau saya ada kakak."Ibu tahu kamu penat, sayang. Ibu sayang kamu. Kamu banyak berkorban jaga adik-adik. Maafkan ibu ya sebab ibu kerja... ibu abaikan kamu," tulisnya lagi.Bagaimanapun, niat wanita itu yang mahu berkongsi kisah pengorbanan anak sulungnya mendapat kecaman hebat netizen.Seorang wanita berkongsi pengorbanan anak sulung berusia 8 tahun yang terpaksa jaga adik-adik.Anak itu sedih tidak dibenarkan ikut ke kampung.Wanita itu akui anaknya banyak berkorban kerana dia bekerja.Netizen kecam tindakan letak tanggungjawab pada anak kecil.Mereka berpendapat anak wanita itu patut nikmati zaman kanak-kanak.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-rata menyifatkan tindakan meletakkan tanggungjawab itu kepada kanak-kanak berusia lapan tahun sebagai tidak adil.Ada berpendapat pada usia itu, anak seharusnya diberi peluang menikmati zaman kanak-kanak tanpa dibebani tanggungjawab besar termasuk menguruskan adik-adik."Play victim betul si ibu. Dia yang korbankan anak dia, tiba-tiba cakap anak dia korbankan diri sendiri. Selfish!"Bukan anak yang banyak berkorban, tapi anak yang 'dikorbankan' oleh ibu bapa," demikian antara komen netizen.