suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qi Razali kini bergelar babah, pilih nama Anggun Sumayyah

Qi (kanan) kini bergelar bapa.

PELAKON Qi Razali berkongsi khabar gembira, isterinya iaitu Wardah Hayati selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. 

Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, secara ringkas memaklumkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu. 

"Assalamualaikum princess (puteri) babah," katanya. 

Isteri Qi (kanan) selamat melahirkan bayi perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali sudah siapkan semua keperluan sambut cahaya mata sulung, terkejut baju bayi ada saiz kosong bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Qi Razali bakal jadi babah, umum isteri hamil 5 bulan

Dalam hantaran tersebut, Qi dilihat mendukung bayinya yang dipercayai dirakam ketika baru dilahirkan. 

Sementara itu, menerusi perkongsian Wardah, dia memaklumkan anaknya itu dilahirkan pada 23 Januari lalu. 

Malah, dia juga memberitahu mereka sepakat memilih nama Anggun Sumayyah untuk cahaya mata pertama itu. 

Untuk rekod, Qi mendirikan rumah tangga dengan Wardah pada 25 Mei 2025. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain