TIDAK duduk diam, penyanyi Liza Hanim bakal membuat laporan polis berhubung tindakan segelintir netizen yang membuli anaknya, Marsya Qistina di media sosial. Liza, 46, berkata, dia juga akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pemilik akaun terlibat. “Sebenarnya beberapa peminatnya sudah pun membuat laporan polis kerana mereka juga berasa geram.Liza tekad pertahankan anaknya, Marsya (kiri).“Cuma petang ini (Rabu) giliran saya dan seterusnya membuat laporan di MCMC. Kita tidak boleh menghalang orang daripada bercakap, tetapi sekurang-kurangnya kita ada tindakan.“Akta berkaitan sudah ada, jadi kenapa tidak kita gunakan? Sekurang-kurangnya kita menunjukkan mengambil inisiatif terhadap kes buli siber seperti ini,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Liza, dia sudah mengenal pasti beberapa individu yang meninggalkan komen negatif selain menyimpan bukti sebagai rujukan.ARTIKEL BERKAITAN: “Body shaming dan buli siber” - Liza Hanim dedah wajah pembuli, ‘tag’ akaun PDRM dan MCMC supaya ambil tindakan segeraARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizenTegasnya, tindakan undang-undang tetap akan diteruskan walaupun pihak berkenaan sudah memadamkan akaun masing-masing.“Walaupun akaun-akaun yang saya tag termasuk pihak berkuasa sudah memadam hantaran mereka, kami tetap akan meneruskan laporan. Kami sudah membuat tangkap layar sebagai bukti sebelum hantaran tersebut dipadamkan.“Sekarang keadaan sudah agak reda, tetapi kata-kata yang dilemparkan itu memang melampau,” ujarnya. Sebagai manusia hati tetap terasa.LIZA HANIMPENYANYIBerkongsi keadaan terkini Marsya, Liza berkata anaknya berada dalam keadaan tenang dan baik kerana sudah menjangkakan situasi seperti ini akan berlaku apabila terlibat dalam dunia hiburan.Bagaimanapun, sebagai ibu, dia tetap terpanggil untuk mempertahankan anaknya lebih-lebih lagi ketika emosi Marsya masih terganggu selepas kehilangan rakan baik yang meninggal dunia.“Sebagai ibu bapa, saya dan suami perlu berdiri mempertahankan anak kami. Ini anak kita, jadi tidak boleh berdiam diri. Walaupun Marsya faham ini sebahagian daripada dunia hiburan dan media sosial, sebagai manusia hati tetap terasa.Liza percaya Marsya kuat dengan kecaman netizen.“Ketika perkara ini berlaku, dia baru sahaja kehilangan seorang kawan baik. Jadi sebagai ibu, saya perlu lebih menjaga emosinya, tambahan pula selepas dia memuat naik luahan hati di Instagram. Saya tahu dia memerhati,” luahnya.Sebelum ini, Liza berkongsi mengenai situasi Marsya yang didakwa dibuli di media sosial selepas ada pihak mempertikaikan kredibilitinya sebagai juara program Talk To My Manager (TTMM) musim pertama.Menurut Liza, dakwaan kononnya anaknya kurang menyerlah tidak sepatutnya timbul memandangkan Marsya kini sedang berusaha mengimbangi kerjaya seni dan jadual kuliah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube