suria
mStar - Urban.Versatil

“Body shaming dan buli siber” - Liza Hanim dedah wajah pembuli, ‘tag’ akaun PDRM dan MCMC supaya ambil tindakan segera

Liza tidak berdiam apabila anaknya menjadi mangsa buli di sosial media.

TIDAK cukup anaknya dikatakan kurang menyerlah, penyanyi Liza Hanim sekali lagi meluahkan rasa kecewa apabila fizikal Marsya menjadi bahan kutukan di media sosial. 

Tanpa banyak bicara Liza, 46, terus membuat aduan dengan meletakkan akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PRDM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berserta tangkap layar komen keterlaluan terhadap anaknya dalam satu hantaran di InstaStory. 

Malah dia juga secara terbuka mendedahkan nama serta gambar pengendali akaun tersebut yang dianggap sebagai pembuli. 

Liza mendedahkan komen keterlaluan terhadap anaknya. 

"Body shaming dan buli siber," tulisnya ringkas di InstaStory pada petang Sabtu. 

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, individu berkenaan mengutuk wajah serta fizikal Marsya selain turut membuat perbandingan dengan beberapa selebriti muda lain.

Lebih teruk lagi dia menganggap Marsya tidak berjaya sama seperti perjalanan Liza dalam dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizen 

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim bangga kejayaan anak, Marsya serah kepada ‘manager’ urus duit kemenangan TTMM

Komen tersebut dipercayai susulan luahan rasa kecewa Liza sendiri apabila ada pihak yang membandingkan perjalanan seni anaknya selepas bergelar juara program Talk To My Manager (TTMM). 

"Ada baiknya Marsya tumpukan sahaja dalam pelajaran dan menjadi seorang yang lain dalam bidang profesional tetapi tidak dalam industri hiburan," tulis individu berkenaan. 

Marsya menjadi sasaran kecaman di media sosial. 

Sebelum ini Liza berkongsi luahan bagaimana Marsya berdepan situasi dibuli di media sosial. 

Bahkan dia sendiri beranggapan ia tidak seharusnya berlaku memandangkan anaknya itu kini sedang bergelut dengan kerjaya seni selain jadual kuliah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain