PENYANYI Zizi Kirana tidak pernah serik untuk kembali ke Syria biarpun pernah berdepan dua insiden pengeboman ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Azaz pada Mac 2024.Pengalaman mencemaskan itu bukan sahaja tidak mematahkan semangatnya, malah menguatkan lagi tekad untuk terus membantu mangsa pelarian di negara bergolak berkenaan. Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, berkata, dia bakal mengikuti rombongan bersama pertubuhan Cinta Salam Malaysia selama 10 hari bermula esok dan mengaku tidak sabar untuk bertemu kanak-kanak yang terkesan akibat konflik berpanjangan.Walaupun pernah berdepan insiden pengeboman, Zizi tetap meneruskan misi bantuan kemanusiaan."Insya-Allah saya akan berlepas ke Syria pada pukul 1 pagi Rabu. Ini pengalaman kali ketiga saya ke Syria, tapi menariknya kali ini saya berpeluang menyambut kedatangan Ramadan di sana. "Sebelum ini saya berlepas pada pertengahan atau hujung Ramadan, tapi tahun ini cukup istimewa. Dapatlah saya dan sukarelawan lain menyambut awal Ramadan bersama mangsa yang tinggal di kem-kem pelarian. "Jujur saya rindu nak sambut Ramadan dengan anak-anak di Syria. Sambutan di sana cukup meriah walaupun mereka hidup susah dan melarat. ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana dengar bunyi letupan, kini dalam keadaan bersediaARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sertai misi ke Gaza, reda jika ‘tidak pulang’... “Kalau Allah izinkan syahid, itu anugerah”"Insya-Allah rombongan kali ini kami akan ke beberapa daerah untuk menghantar misi bantuan,"katanya ketika dihubungi mStar. Untuk rekod peningkatan jumlah pelarian dan tahap kemiskinan di negara itu terus memuncak selepas kejatuhan pemerintahan kuku besi rejim Bashar al-Assad pada 8 Disember 2024. Dalam pada itu, Zizi memberitahu dia masih menunggu keputusan sama ada terpilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud Nusantara ke Gaza, Palestin. Ini merupakan kali ketiga Zizi menyertai misi kemanusiaan ke Syria."Pemilihan peserta untuk menyertai pelayaran kali ini sangat terhad selain perlu melalui proses saringan yang ketat."Saya pun masih menunggu keputusan. Kalau tak dapat ikut berlayar saya harap dapat jadi wakil untuk mengajar peserta-peserta yang terpilih untuk misi GSF 2.0,"katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube