suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima beranak ditemukan tidak bernyawa dalam rumah, dipercayai mangsa bunuh

Kelima-lima mangsa ditemukan tidak bernyawa dalam kediaman di Kuantan, Pahang.

LIMA beranak ditemukan tidak bernyawa dipercayai menjadi mangsa bunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai 2, Taman Cherating Damai, Kuantan, Pahang pada Selasa.

Mangsa membabitkan seorang lelaki, dua wanita serta dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun.

Kejadian mengejutkan itu dikatakan disedari seorang ahli keluarga yang pulang dari tempat kerja sekitar  pukul 6.30 pagi.

Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca dan motif insiden.

Sehingga pagi Selasa, orang ramai termasuk ahli keluarga mangsa dilihat berada di kawasan rumah berkenaan, manakala polis memasang pita larangan melintas bagi mengawal keadaan.

Satu sidang media dijangka diadakan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya

Artikel Lain