suria
mStar - Urban.Versatil

Gadis tersungkur disiku mohon henti sebar video... Kini dah berbaik, mahu 'bersih' nama kekasih - "Dia mengaku terlalu kasar"

Tangkap layar seorang gadis disiku teman lelakinya hingga terjatuh.

GADIS yang ditolak teman lelakinya menggunakan siku dari arah belakang sehingga tersungkur dalam kejadian pada Ahad menjelaskan insiden itu telah diselesaikan secara baik.

Jelasnya, hubungan mereka kini kembali seperti biasa dengan lelaki itu juga mengakui kesilapan yang dilakukan.

"Saya ingin menjelaskan segala perkara dan membersihkan nama teman lelaki saya serta diri saya sendiri.

“Saya akui apa yang dia buat memang terlalu kasar dan tak patut buat demikian. Dia sendiri mengaku salah,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Penjelasan gadis disebalik video tular dirinya disiku teman lelaki.Penjelasan gadis disebalik video tular dirinya disiku teman lelaki.

Terdahulu, tular video sepasang kekasih sedang berbual-bual di tepi jalan, sebelum teman lelaki berlari dan menyiku gadis itu hingga terjatuh.

Dalam masa sama, gadis itu turut mengakui dirinya juga melakukan kesilapan sehingga tercetusnya insiden itu dan tidak mahu orang ramai hanya menyalahkan pihak lelaki semata-mata.

“Saya tak nak sebelahkan lelaki sahaja nampak jahat dan kejam. Dalam hal ini, saya juga punca pergaduhan. 

"Saya yang 'memancing' emosi dia dan buat perkara yang tak sepatutnya di belakangnya,” ujarnya.

Namun begitu, dia enggan mendedahkan punca yang berlaku kerana mahu menjaga maruah kedua-dua keluarga.

“Saya tak nak memalukan pihak teman lelaki saya. Dia ada keluarga dan ibu bapa yang perlu dijaga air muka. Saya juga ada keluarga yang perlu saya jaga,” katanya.

Dia juga memohon orang ramai tidak menyebarkan video tersebut di mana-mana platform media sosial.

 

Artikel Berikut

Artikel Lain