suria
mStar - Urban.Versatil

[V] Nak pergi majlis kahwin, tapi tersilap ‘terjah’ rumah buat kenduri arwah... Wanita segera minta maaf, reaksi tuan rumah memang tak disangka!

Seorang wanita segera memohon maaf kepada tuan rumah selepas tersilap kenduri. -Gambar media sosial

SEORANG wanita berkongsi pengalaman lucu apabila tersilap menghadiri sebuah kenduri yang disangka majlis perkahwinan di rumah rakannya. 

Menerusi perkongsian @ubaidxhdi TikTok [Tonton Video], dia yang datang seorang diri ingin menghadiri majlis perkahwinan atas jemputan seorang rakan di Titi Gajah, dekat Alor Setar Kedah.

Menyangka sudah tiba di lokasi yang betul, wanita tersebut mengambil makanan dan duduk menikmati hidangan sebelum menyedari sesuatu yang tidak kena.

"Bila dah ambil lauk dan duduk, sekali kawan aku cakap rumah dia ada bendera Palestin, bukan rumah tu. Aku salah kenduri.

"Seumur hidup benda nak jadi. Dah lah kenduri arwah yang aku tersilap ni," katanya.

Menyedari kesilapannya, wanita itu segera mencari tuan rumah untuk memohon maaf atas kekeliruan tersebut.

Berdasarkan video yang dikongsi, kedengaran wanita itu berulang kali memohon maaf di atas kesilapannya.

"Abang tuan rumah ka? Saya minta maaf, saya salah kenduri. Saya nak pergi lorong lain. 

"Bila dah ambil lauk, baru kawan beritahu bukan rumah ni. Minta halal makan ya. Terima kasih," katanya kepada tuan rumah.

Tanpa disangka, tuan rumah berkenaan bukan sahaja memaafkan wanita tersebut, malah turut memberikan beg cenderamata (goodie bag) kepadanya.

Perkongsian itu bukan saja membuatkan netizen terhibur, namun pada masa sama memuji sikap wanita itu yang beradab, selain layanan baik tuan rumah terhadap tetamu tidak diundang.

"Adab tu memang terpuji, siap jumpa tuan rumah minta halal. Biasanya orang buat tak tahu je bila silap.

"Terima Kasih kak, adab dan ilmu akak buat pengajaran untuk semua," kata netizen.

 

Artikel Lain