suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu, penumpang rentung nahas babit dua kenderaan

Mangsa yang rentung merupakan pemandu dan penumpang Proton Preve. -Foto JBPM Pahang

DUA individu ditemukan rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Industri, berhampiran stesen minyak di Taman Tualang Indah, Mentakab, awal pagi Sabtu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Preve yang terbakar sepenuhnya.

Sementara itu, penumpang SUV jenis Porsche Cayenne dilaporkan mengalami kecederaan, manakala pemandunya selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pintu kereta dibuka tiba-tiba, lelaki parah motosikal terbabas, dirempuh penunggang lain

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.57 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Preve dan Porsche Cayenne," katanya.

Beliau berkata, kebakaran menyebabkan Proton Preve musnah sepenuhnya dan dua mangsa ditemui dalam keadaan rentung di dalam kenderaan tersebut.

"Selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota penyelamat menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong struktur kenderaan bagi mengeluarkan mayat mangsa.

"Penumpang lelaki Porsche Cayenne yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian," ujarnya lagi.

Artikel Lain