suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pintu kereta dibuka tiba-tiba, lelaki parah motosikal terbabas, dirempuh penunggang lain

Penunggang motosikal menahan sakit selepas terbabas. -Gambar media sosial

SEORANG pemuda mengalami kecederaan serius selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas akibat tindakan seorang kanak-kanak yang dipercayai membuka pintu kereta secara tiba-tiba, dalam kejadian pada Jumaat.

Menurut kakak mangsa yang membuat perkongsian di laman sosial, kejadian berlaku sekitar pukul 6.15 petang berhampiran Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

"Kepada ibu bapa, tolonglah gunakan child lock pada pintu kereta. 

"Bila dah jadi macam ni, anda menyusahkan ramai pihak, terutama adik saya yang terjatuh dan terhentak dengan motosikal di belakang kerana tidak sempat membrek," katanya.

Menerusi perkongsian di Threads [Tonton Video], wanita itu turut memuat naik video kejadian kemalangan dari kamera penunggang motosikal yang lain.

Rakaman itu memaparkan pintu penumpang kiri sebuah Honda City hitam dibuka secara mengejut, lalu menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum merempuh kereta di sebelah kiri.

Mangsa terjatuh di atas jalan sebelum sebuah motosikal lain dari arah belakang melanggarnya, sekali gus menyebabkan penunggang motosikal tersebut turut terbabas.

Menurut wanita itu, adiknya kini menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selepas mengalami kecederaan di kepala dan belakang, serta patah tangan kiri.

"Kemungkinan besar dia perlu jalani pembedahan untuk memasang besi. Doakan keputusan CT scan hari Isnin nanti baik.

"Terima kasih untuk semua yang mendoakan perkara-perkara baik," katanya.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia