Sekumpulan remaja tidak melepaskan peluang bergambar dengan lelaki yang mempunyai wajah seiras arwah abang. -Gambar @syuhailashkri
SEORANG lelaki berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila didekati sekumpulan remaja yang meminta untuk bergambar bersamanya ketika berada di sebuah kedai barangan terpakai (bundle), pada Jumaat.Menurut pemilik akaun @safwansyahbudin di Threads, dia berasa tersentuh selepas wajahnya dikatakan mirip seperti arwah abang mereka yang meninggal dunia pada tahun lalu. "Dah lama aku perasaan diorang duk pandang-pandang… ingat ada apa, sekali seorang daripada mereka tegur."Dia kata, bang boleh ambil gambar tak? Muka abang macam muka arwah abang kami. Berkaca juga la tapi kita muka garang tak nak la tunjuk reaksi."Abang sedekahkan al-Fatihah untuk abang awak, semoga jadi adik yang berguna ye untuk mak ayah," kongsinya di laman sosial tersebut.Perkongsian lelaki itu pada awalnya dibuat bagi menjejaki semula kumpulan remaja berkenaan. Hantarannya kemudian mendapat perhatian apabila kakak kepada remaja terbabit tampil membalas dan mengesahkan kisah tersebut."Tu adik-adik saya. Iya, arwah memang sama muka macam awak. Terubat rindu mereka," kata pengguna Threads, @syuhailashkri.Jelasnya, arwah Muhammad Ainul Fathi Fauzi merupakan kawan kepada adiknya dan sudah dianggap seperti ahli keluarga mereka sendiri."Keluarga kami sayang sangat dekat dia (arwah) sebab banyak bantu famili kami. Dia meninggal dunia kemalangan dekat Lebuhraya Pantai Timur tahun lepas."Maaf ye bang kalau abang rasa tak selesa tapi Alhamdulilah, Allah izinkan terjumpa malam tu terubat rindu mereka yang hari-hari sedih sejak arwah pergi," katanya.Berdasarkan gambar yang dikongsi @syuhailashkri, raut wajah dan gaya rambut lelaki yang ditemui adik-adiknya itu mirip arwah Muhammad Ainul Fathi.