PENYANYI Miley Cyrus sah mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga pemain dram kumpulan Liily, Maxx Morando dalam sebuah majlis pada Ahad.Majlis secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat itu diadakan di Palm Springs, California, Amerika Syarikat. Menerusi beberapa gambar yang tersebar, Cyrus, 33, kelihatan anggun mengenakan gaun putih dalam majlis berkenaan.Cyrus dan Morando sudah lima tahun menjalinkan hubungan cinta. Penyanyi lagu Flowers ini juga dilihat mengesat air mata ketika Morando membacakan ikrar perkahwinan mereka.Pasangan itu berkahwin selepas setahun dilaporkan bertunang.Menerusi satu temu bual sebelum ini, Morando memberitahu dia melamar Cyrus ketika mereka bercuti bersama di Kyoto, Jepun.ARTIKEL BERKAITAN: Miley Cyrus luah rasa sedih, dedah punca dilarang nyanyi lagu sitkom ‘Hannah Montana’ ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan lapan bulan Miley Cyrus, Liam Hemsworth berakhir secara rasmiMereka mula menjalinkan hubungan cinta sekitar 2021 selepas berkenalan menerusi satu sesi janji temu yang diatur (blind date).Ini merupakan perkahwinan kedua buat Cyrus. Terdahulu, dia pernah bercerai dengan pelakon Liam Hemsworth pada 2021.TONTON VIDEO PILIHAN!