Ada mangsa buli yang tidak mampu memaafkan pelaku sehinggalah ke hujung usia mereka. -Gambar hiasan AI
PERBUATAN buli bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma dan luka mendalam terhadap mangsa.Kejadian ini tidak mudah untuk dilupakan begitu sahaja dan berkemungkinan ia akan kekal dalam ingatan mangsa sehingga bertahun-tahun lamanya. Menurut seorang lelaki, dia juga pernah dipukul berama-ramai oleh pembuli dan kejadian itu masih lagi berbekas di hatinya sehingga ke hari ini.Buli boleh meninggalkan trauma berpanjangan terhadap mangsa. -Gambar hiasan AIMenerusi satu perkongsian, lelaki itu mendedahkan salah seorang pembulinya sudah meninggal dunia akibat kemalangan."Dulu ada seorang kawan ajak jumpa berdua. Aku pergi sendirian. Rupanya ada enam orang yang datang 'tibai' aku. Salah seorang daripada mereka dah mati kemalangan. "Sekarang setiap kali dengar perkataan buli, kepala aku terbayang yang dah mati tu tengah menggeliat dalam kubur kena 'bantai' balik.Seorang lelaki berkongsi kisah dirinya menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan.Dia diajak berjumpa dengan seorang pelajar sebelum dibelasah oleh sekumpulan individu.Salah seorang pembuli tersebut telah meninggal dunia akibat kemalangan.Ramai mangsa buli turut tampil berkongsi pengalaman masing-masing menerusi aplikasi Threads.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sesungguhnya Allah itu maha pengampun, tapi bukan aku," tulisnya menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads.Hantaran itu turut dihujani pelbagai komen netizen yang pernah menjadi mangsa buli ketika zaman sekolah."Dulu pernah kena pukul sebab dituduh buat benda yang aku tak buat. Individu yang jadi punca aku kena pukul tu tengah sakit kanser tahap empat sekarang.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat nak siasat senyap-senyap, tapi video buli dah tersebar! Universiti janji bertindak kes junior dilempang, dipaksa tekan tubiARTIKEL BERKAITAN: Baru tadah tangan di surau sebab dibuli waktu kematian ibu, wanita meremang tengok apa jadi pada anak rakan sekerja"Saya pun lalui benda sama. Jauh di sudut hati rasa kesian tengok pembuli ini dapat balasan. Kita tak perlu buat apa-apa sebab Allah maha adil."Dulu dekat sekolah aku pun ada mamat ini yang suka membuli. Dua tahun lepas sekolah, dia meninggal sakit kronik," tulis beberapa netizen.