Setiap wanita berhak dihargai dan disayangi penampilannya, terutamanya ketika mengalas pengorbanan besar sebagai seorang ibu. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita berusia 40-an yang kini sarat mengandung anak ke-12 mengundang rasa simpati petugas kesihatan selepas hadir ke klinik tanpa sebatang gigi di bahagian atas.Kisah menyedihkan itu dikongsikan seorang pelayar Threads, hasil cerita isterinya yang bertugas di bahagian pergigian sebuah klinik kesihatan (KK).Menurut lelaki berkenaan, prosedur pemeriksaan gigi adalah wajib bagi setiap ibu hamil.Namun ketika sesi pemeriksaan berlangsung, doktor mendapati bahagian atas mulut pesakit berkenaan langsung tidak mempunyai gigi.Wanita terbabit didakwa diejek oleh suaminya hanya kerana memakai gigi palsu. -Gambar hiasan/Agensi"Doktor periksa gigi atas semua tiada. Lepas itu doktor tanyalah tidak ada rasa nak buat atau pakai gigi palsu ke?" kongsinya. Namun, jawapan jujur yang keluar dari mulut wanita itu mengejutkan petugas di bilik rawatan apabila dia mengaku pernah memakai gigi palsu sebelum ini, tetapi memilih untuk berhenti memakainya berikutan ejekan suami sendiri."Pesakit itu pun jawab... pernah pakai tapi suami saya cakap (muka) macam kuda."Aku pun macam tak boleh hadam. Dah sampai tahap gigi tiada pun, langsung tiada rasa sayang pada diri sendiri (self-love)."Anak yang dia tengah mengandung itu adalah kandungan yang ke-12 dan usianya pun sudah 40-an," luahnya kesal.ARTIKEL BERKAITAN: “Senyum pun tidak” - Wanita menyesal bantu ibu hamil masuk lif, suami pula macam tiada fungsi... Harap sikap biadab tak menurun dekat anak!ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mati kalau tak beli“ - Wanita hamil mengidam ‘snow crab‘ kena marah dengan mentua, geram suami ‘anak mak‘ hanya diam membatuBerang dengan sikap suami pesakit terbabit, pelayar Threads itu menyelar tindakan segelintir lelaki yang hanya tahu menambah zuriat tanpa mempedulikan kesihatan fizikal, emosi, serta penampilan isteri."Aku pun cakap kalau macam itu, bukan isteri macam gigi kuda, tapi suami dia yang nafsu kuda."Isteri sudah mengandungkan anak punya ramai. Macam mana isteri urus diri dia sampai tiada gigi, dan keadaan seolah-olah tidak terurus?" soalnya.Wanita 40-an hamil anak ke-12 dikesan hilang semua gigi atas ketika pemeriksaan di klinik kesihatan.Dia berhenti memakai gigi palsu kerana tidak tahan diejek suami.Suami pesakit dikecam kerana didakwa mementingkan nafsu sehingga mengabaikan kebajikan isteri.Golongan bapa diingatkan agar tidak menggunakan alasan 'anak itu rezeki' tanpa memikul amanah.Isteri disaran merancang kehamilan sendiri jika pasangan enggan memberi kerjasama.Ringkasan berita ini dijana oleh AIDalam pada itu, dia turut menasihati golongan suami agar berhenti berselindung di sebalik alasan 'anak itu rezeki' sehingga mengabaikan kebajikan isteri.Sebaliknya, dia menegaskan setiap lelaki perlu sedar bahawa cahaya mata adalah amanah besar yang perlu dijaga termasuk daripada segi pemakanan dan tahap pertumbuhan.Dia juga menyarankan golongan wanita agar mengambil inisiatif sendiri untuk menggunakan kaedah perancang keluarga sekiranya menyedari pasangan masing-masing enggan memberi kerjasama."Sudah-sudahlah alasan anak itu rezeki. Yang perempuan pun, pakailah perancang dah kalau tahu suami tidak beri kerjasama."Ubah fikiran bahawa anak itu amanah. Apabila dah ramai sampai 12 orang, macam mana anak-anak itu membesar? Pemakanan mereka macam mana?" ujarnya lagi.