PERTELINGKAHAN mengenai dakwaan kehamilan dipercayai menjadi punca seorang lelaki tergamak membunuh teman wanitanya yang baru berusia 14 tahun.Ketua Siasatan Jenayah Polis Buton Tengah, Busrol Kamal berkata, suspek yang dikenali sebagai Alimuddin, 27,dipercayai berasa sakit hati dan naik angin selepas dituduh menghamilkan mangsa serta diminta bertanggungjawab atas perbuatannya. Dalam kejadian pada Rabu kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan, suspek bertindak mengajak mangsa berenang di kawasan pelancongan Gua Bidadari, Buton Tengah, Indonesia.Ketika berada di dalam air, suspek mengajak mangsa mengadakan pertandingan menahan nafas dengan cara menyelam sebelum bertindak memegang kepala remaja itu dan menekannya ke dalam air.Mangsa cuba melawan dengan mencakar badan serta leher suspek, namun lelaki itu terus menekan kepala mangsa sehingga tidak lagi bernafas.Selepas mangsa tidak bernyawa, suspek dipercayai menyangkut kepala mangsa di bawah batu sebelum mengambil seketul batu lain dan meletakkannya berhampiran bahagian leher mangsa.Mayat mangsa ditemukan pada Khamis kira-kira pukul 10 pagi di dasar kawasan air berkenaan dalam keadaan terlentang.Susulan penemuan mayat itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek pada hari sama di jalan raya di Desa Rahia, Gu.Hasil soal siasat mendapati suspek yang merupakan teman lelaki mangsa akhirnya mengaku bersalah atas perbuatan kejam menenggelamkan mangsa sehingga maut di lokasi berkenaan. -Agensi