IBU bapa biasanya lebih memberi perhatian kepada aspek pemakanan, waktu tidur dan kebersihan bayi bagi memastikan mereka membesar dengan baik.Namun, tahukah anda bahawa bentuk kepala bayi juga merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian sejak awal kelahiran? Perkara ini mungkin jarang diberi perhatian, apatah lagi bagi pasangan yang kurang berpengalaman kerana baru pertama kali menimang cahaya mata.Menurut tukang gunting rambut, Haikal Hazrii, dia sudah melihat pelbagai bentuk kepala kanak-kanak yang tidak sekata ketika menjalankan tugasnya."Aku dah banyak kali potong rambut budak. Tapi ada satu perkara yang kebanyakan mak ayah terlepas pandang. Perkara itu ialah tengkorak."Kepala bayi ni lembut sangat masa dilahirkan. Aku sedih apabila potong rambut, nampak kepala tak sekata. Ada yang benjol, ada juga yang melekuk ke dalam."Apabila rambut dah dipotong pendek dan nipis, nampak kepala macam bola ragbi kena paku. Benjol sebelah dengan lekuk yang banyak," dakwanya.Pasangan yang baru pertama kali menimang cahaya mata mungkin kurang berpengalaman dalam penjagaan bayi. -Gambar hiasan AIMenerusi hantaran sama, dia turut mengingatkan ibu bapa agar memberi perhatian terhadap aspek penjagaan kepala bayi."Tolonglah jaga kepala bayi ni sejak kecil. Kesian mereka dah besar kepala senget sebelah. Nampak kelakar kan? Tapi benda ni banyak berlaku terutamanya dalam kalangan anak sulung. "Mungkin yang baru kahwin tu kurang pengalaman. Tapi kalau anak kedua atau ketiga pun masih jadi benda sama, ini salah siapa?" tulisnya lagi di Threads.Kaum ibu kongsi petuaHantaran tular itu turut meraih perhatian ramai netizen, malah beberapa wanita turut berkongsi petua yang diamalkan mereka dalam penjagaan kepala bayi.Menurut seorang wanita, kedua-dua anaknya mempunyai bentuk kepala yang cantik hasil daripada amalan yang dilakukannya sejak mereka dilahirkan."Masa saya dalam pantang, bayi tak perlu pakai bantal. Baringkan bayi mengiring ke kanan atau kiri. "Kalau nak menyusu sambil baring, pastikan tukar sisi setiap 30 minit. Jangan biar bayi tidur lama-lama, kena angkat dan ampu kepalanya," tulisnya.Menurut seorang lagi wanita, dia pula diajar oleh ibunya supaya sentiasa mengurut kepala bayi yang baru dilahirkan."Masa pantang, mak urut lembut-lembut kepala anak waktu mandi, katanya barulah kepalanya bulat dan cantik."Ketika waktu menyusu dan tidur, saya sentiasa ubah-ubah posisi anak. Alhamdulillah, kepala anak saya bulat dan elok," kongsinya pula.