Budak yang bersikap biadab perlu ditegur agar perbuatan kurang sopan itu tidak menjadi kebiasaan. -Gambar hiasan AI
ADAB dan tingkah laku anak-anak perlu dibentuk sejak kecil bagi memastikan mereka tahu menghormati orang lain apabila berinteraksi.Seorang lelaki berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila seorang kanak-kanak lelaki didakwa secara tiba-tiba menunjukkan jari tengah kepadanya ketika dia berada di sebuah kedai jahit. Menerusi cerita yang dikongsikan di media sosial, lelaki itu berkata kejadian berlaku ketika dia datang mengambil pakaian yang siap diubah suai.Didik anak dengan tanamkan adab dan rasa hormat terhadap orang lain sejak kecil. -Gambar hiasan AI"Dah selesai urusan ambil baju dekat tukang jahit, akak (tukang jahit) tu layan pelanggan seterusnya pula. Jadi aku pun beransur keluar."Masa tutup pintu cermin, aku tengok anak akak ni tengah pandang aku. Budak lelaki, usia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun agaknya."Aku pun lambai la budak tu. Tapi boleh pula dia balas dengan tunjuk jari tengah dekat aku," ceritanya dalam hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Cara cikgu ini ‘hukum’ murid biadab dapat sokongan, tak perlu tengking… Dulu letak kaki atas meja, sekarang menangis mohon maafARTIKEL BERKAITAN: Anak kecil pekerja kafe besar kepala, biadab main pukul-pukul pelanggan tanpa sebab! Ibunya langsung tak minta maafTerkejut dengan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan membuka semula pintu kaca kedai sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu kanak-kanak terbabit."Darah pahlawan aku mendidih, jadi terus aku buka balik pintu kaca. Aku cakap dekat mak budak tu... kak, saya lambai anak akak tapi dia tunjuk jari tengah dekat saya. Marah dia kak."Automatik menggila mak dia. Dekat situ juga budak tu kena tempik dengan mak dia," cerita lelaki itu yang berpuas hati dengan tindakan si ibu.Lelaki terkejut apabila lambaiannya dibalas dengan jari tengah oleh anak tukang jahit.Kanak-kanak lelaki itu dianggarkan berusia antara lima hingga tujuh tahun.Tidak berpuas hati, lelaki berkenaan terus mengadu kepada ibu budak terbabit.Ibu kanak-kanak itu segera memarahi anaknya selepas dimaklumkan mengenai kejadian.Netizen menyokong tindakan lelaki itu menegur perbuatan kurang sopan tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna Threads yang rata-ratanya menyokong tindakan lelaki itu menegur perbuatan berkenaan."Nasib baik mak dia jenis tak bela anak walaupun dia buat salah."Bagus tindakan awak tu. Kesalahan macam ni memang kena tegur terus secara depan-depan."Normalisasikan buat macam ni. Aku puji darah pahlawan kau bang," komen sebahagian netizen memuji tindakan lelaki itu.