SITUASI yang tidak dijangka tercetus di sebuah kafe apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar enam tahun tiba-tiba memukul seorang pelanggan tanpa sebab.
Menurut perkongsian wanita yang menjadi mangsa dalam insiden itu, dia sedang berbual dengan rakannya apabila budak lelaki berkenaan datang menamparnya lalu terus berlari.
"Tengah berbual dengan kawan-kawan, dia datang pukul saya dan berlari. Saya tak sempat pun nak bagi sebarang reaksi jadi saya biarkan saja.

Kafe biasanya dijadikan tempat untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan. -Gambar hiasan AI
"Tapi saya beritahu dekat kawan untuk tukar meja, duduk jauh sikit. Saya sambung berbual dengan kawan lagi," ujarnya memulakan cerita.
Namun, kejadian sama berulang apabila kanak-kanak itu datang semula dan cuba menghayun tangan sekali lagi.
Kali ini, wanita berkenaan menggenggam lengan budak tersebut bagi menghalang tindakannya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis.
ARTIKEL BERKAITAN: “Peniaga pun nak buat sales!” - Pekerja kafe geram sikap pelanggan, pesan segelas air tapi lepak berjam-jam... Seronok guna WiFi percuma
ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kafe buntu pelanggan lepak berjam-jam, ‘nikmati’ sepuasnya WiFi dan elektrik percuma - “Pesan air putih, croissant je”
"Saya genggam lengan dia. Dia hayun tangan kiri dia pula nak pukul lagi. Dia tak sedar badan saya ni besar 100 kali ganda.
"Jadi dari genggaman saya tu, saya tolak sikit badan dia supaya dia tak sampai (nak pukul) saya. Beberapa kali saya tinggikan suara juga.
"Saya cakap... jangan pukul-pukul, pergi. Saya cakap pergi sebab kalau dia nak beredar saya akan lepaskan genggaman tapi dia tak pergi pun.
- Seorang wanita dipukul budak lelaki enam tahun ketika duduk di sebuah kafe.
- Budak itu datang dua kali sebelum wanita berkenaan menggenggam tangannya.
- Kanak-kanak itu menangis kuat dan pura-pura jadi mangsa.
- Ibu budak yang juga pekerja kafe marah anaknya tanpa minta maaf.
- Netizen sokong tindakan wanita itu sebagai pengajaran buat budak biadab.
"Dia sengaja play victim (pura-pura jadi mangsa keadaan) dengan menangis kuat-kuat. Lepas tu mak dia datang tanya kenapa. Mak dia makcik kafe'(pekerja) tu," jelasnya.
Selepas mendengar penjelasan, 'makcik kafe' berkenaan memarahi anaknya sebelum mengheret keluar tanpa meminta maaf.
Walaupun tiada permohonan maaf, pengadu menganggap perkara itu selesai selagi si kecil tidak mengulangi perbuatannya.
"Makcik tu marah anak dia dan kata tak boleh buat orang macam tu kemudian heret budak tu berlalu pergi. Tak minta maaf tak apa asalkan dia tak persoalkan kenapa saya buat anak dia menangis.

Beberapa komen netizen pada hantaran asal.
"Memang dia tak target orang lain. Saya je. Rasanya sebab badan saya besar. Jadi dia target saya. Salah orang dik. Lagi besar orang tu lagi patut kau takut," ujarnya.
Selepas perkongsian itu dibuat, ramai netizen menyokong tindakan wanita berkenaan kerana dianggap wajar bagi memberi pengajaran.
"Terima kasih sis sebab buat apa yang patut. Kalau tak, sampai sekarang menyesal.
"Betul dah tindakan tu. Budak sekarang ni kurang common sense dan tak reti nak bertindak. Kadang pengaruh YouTube juga. Banyak tengok cerita yang tak berfaedah.
"Bagus normalisasikan benda ni. Bagi takut sikit budak dekat tempat awam. Dia ingat kita ni baik sangat ke? Banyak orang jahat dekat luar tu. Sekali kena ingat seumur hidup," komen beberapa netizen.


