suria

Trend ‘barcode’ toreh tangan makin menjadi-jadi, konon amalan ‘terapi’ hilang stres - “Kalau tidak di lengan, mereka kelar di paha”

Tekanan perasaan mendorong remaja perempuan bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan

ISU disiplin dan moral melibatkan pelajar sekolah semakin membimbangkan apabila tular dakwaan mengenai trend berbahaya yang kembali berkembang pada masa kini.

Menerusi perkongsian di Thread, seorang wanita mendedahkan tentang trend kelar tangan yang bukan sahaja berlaku di sekolah menengah, malah turut melibatkan murid sekolah rendah.

"Ibu bapa tolong waspada. Sekarang ni ada satu trend yang sangat menakutkan (melibatkan) anak-anak sekolah. 

Keganasan rumah tangga turut memberi kesan pada anak-anak. -Gambar hiasan

Keganasan rumah tangga turut memberi kesan pada anak-anak. -Gambar hiasan

"Ada yang berlaku di sekolah rendah dan menengah... trend kelar tangan atau trend 'barcode'," ujarnya sambil mendakwa mengetahui tentang kes yang berlaku di kebanyakan sekolah di Kuantan, Pahang.

Lebih mengejutkan apabila dia turut mendedahkan bahawa pelajar sekolah agama swasta tidak terkecuali daripada melakukan trend berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati disuruh salin nota dalam kelas, pelajar tunjuk samseng koyak kertas depan muka cikgu! - “Esoknya bapa dia pula serang saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tutup mulut budak tu” - Individu dedah perbuatan terkutuk senior di sekolah, guna populariti ‘makan’ adik angkat

"Saya tanya beberapa anak (yang belajar) di sekolah agama dan sekolah kebangsaan, memang perkara ini berlaku.

"Kalau tidak di lengan, mereka kelar di paha... dalam 10 orang, enam orang akan melakukannya," ujar wanita ini sambil menambah kebanyakan kes melibatkan pelajar perempuan.

Perkongsian itu mengundang rasa gusar dalam kalangan ibu bapa yang menzahirkan kebimbangan terhadap kesihatan mental anak-anak. 

  • Tular trend “kelar tangan” dalam kalangan pelajar Kuantan.
  • Libat pelajar sekolah rendah hingga menengah.
  • Sekolah agama swasta juga tak terkecuali.
  • Ramai pelajar perempuan terlibat.
  • Didakwa berpunca tekanan emosi dan putus cinta.

Mereka turut menyeru pihak sekolah dan pentadbiran pendidikan agar memantau serta menekankan aspek kaunseling dan sokongan emosi dalam kalangan pelajar.

Walau bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa trend itu telah lama wujud dan berlaku pada mereka yang putus cinta.

"Trend ni dah lama dan mungkin hanya segelintir sahaja yang tahu, adik perempuan saya pernah buat masa putus cinta dan sekarang rasa menyesal.

Ramai yang tertanya-tanya daripada mana trend tersebut muncul.

Ramai yang tertanya-tanya daripada mana trend tersebut muncul.

"Selalunya budak-budak bermasalah yang buat trend ni dan aku pun dari sebuah sekolah di Kuantan... kawan masa Tingkatan Dua ada buat.

"Ramai budak perempuan yang buat, apabila ditanya, mereka cakap sebab tertekan dan rasa kurang kasih sayang daripada ibu bapa," demikian reaksi netizen.

Sebagai makluman, trend itu adalah tindakan menoreh lengan menggunakan objek tajam seperti pisau yang dilakukan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kononnya sebagai satu terapi bagi menghilangkan depresi.

Artikel Lain