suria

Foto suami Luna Maya pakai gaun pengantin undang kecaman, konsep ‘photoshoot’ tak diterima netizen

Luna dan Maxime (kiri) menerima kritikan ramai gara-gara foto terbaharu mereka.

TINDAKAN pelakon Luna Maya berkongsi foto bersama suaminya, Maxime Bouttier mengundang perdebatan netizen di media sosial.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram, Luna dilihat mengenakan sut lelaki manakala Maxime pula tampil memakai gaun pengantin wanita.

Konsep tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, rata-ratanya berpendapat ia kurang sesuai dan seolah-olah menormalisasikan perkara sensitif dalam masyarakat.

Netizen mohon Luna (kanan) dan Maxime tidak menormalisasikan perkara salah.

Netizen mohon Luna (kanan) dan Maxime tidak menormalisasikan perkara salah.

"Tolonglah jangan normalisasikan perkara ini, lelaki pakai baju wanita. 

"Sayangnya orang yang ada kelas seperti mereka memilih konsep (foto) seperti ini. 

"Harap Luna padam saja hantaran ini, janganlah bagi alasan foto ini hanya sebagai konsep seni," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya bahagia suami rajin masuk dapur, suka hidang masakan Barat

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya tegur Baim Wong, nasihat elak buat pembedahan plastik ubah bentuk hidung

Bagaimanapun, terdapat juga peminat yang mempertahankan pasangan itu dengan menyifatkan konsep foto berkenaan sebagai karya kreatif dan tidak wajar diperbesarkan.

"Dalam hal ini, ia jelas hanya keperluan konsep foto untuk mewakili makna hubungan mereka sepanjang setahun perkahwinan. Ia membawa maksud suami boleh mengambil peranan isteri dan begitu juga sebaliknya, dalam konteks yang baik," kata seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Maxime menitipkan ucapan romantis sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

"Genap setahun lalu, saya sudah berhenti bertanya soal cinta kerana saya tahu awak (Luna) akan sentiasa menjadi jawapan (pilihan) terbaik," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain