suria

Maia Estianty puji Irwan Mussry suami terbaik, rezeki mencurah sebab ‘toyol’

Maia menganggap Irwan (kanan) sebagai suami terbaik di dunia.

PENYANYI Maia Estianty sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi momen manis bersama suaminya, usahawan Irwan Mussry di media sosial.

Dalam suasana penuh bahagia selepas majlis perkahwinan anaknya, El Rumi bersama pelakon Syifa Hadju, Maia secara terbuka meluahkan rasa cinta dan penghargaan terhadap suaminya itu.

“Ah, ini memang yang terbaik di seluruh dunia… suamiku. 

Maia (kanan) dan Irwan bernikah pada Oktober 2018.

"Sayang kamu honey (panggilan Irwan)," tulisnya. 

Maia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Maia turut berseloroh mengenai penampilan Irwan yang sinonim dengan kepala botak.

ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty enggan duduk rumah bertingkat, lutut dah tak kuat di usia 50 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dakwa bekas isteri pernah curang, ada bukti rakaman

"Patutlah dia banyak rezeki, rupanya toyol dia sendiri," ujarnya.

Untuk rekod, Maia dan Irwan berkahwin pada 29 Oktober 2018 di di Masjid Camii Tokyo, Jepun.

Sebelum itu, Maia telah berkahwin dengan Ahmad Dhani pada 1996 dan bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, 29, Ahmad El Jallaluddin Rumi, 27, dan Dul Jaelani, 26 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain