suria

Ahmad Dhani dakwa bekas isteri pernah curang, ada bukti rakaman

Ahmad Dhani sindir bekas isterinya lagi.

PERKONGSIAN komposer terkenal Ahmad Dhani sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia mendakwa mempunyai bukti kecurangan bekas isterinya, penyanyi Maia Estianty.

Vokalis kumpulan Dewa 19 itu mendakwa Maia menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pegawai tertinggi di sebuah stesen televisyen swasta.

“Maia mengkhianati rumah tangga, dia menjalinkan hubungan terlarang,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Hantaran yang dibuat Ahmad Dhani di Instagram miliknya.

Menurut Dhani, hubungan tersebut dipercayai berlangsung selama tiga bulan dan mendakwa Maia bersungguh-sungguh mengejar lelaki berkenaan.

Tambahnya, dia juga mempunyai bukti berupa rakaman perbualan antara Maia dan lelaki tersebut yang didakwa dirakam secara rahsia selepas timbul rasa curiga terhadap tingkah laku bekas isterinya itu.

Gara-gara insiden berkenaan, dia melafazkan talak tiga terhadap Maia melalui mesej pada tahun 2006 dengan kata-kata tegas.

“Mulai hari ini saya haramkan tubuh saya menyentuh tubuhmu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani marah El Rumi, dua hari sebelum nikah masih sibuk fikir kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup seorang, Ahmad Dhani mahu ambil anak angkat dari Gaza

Difahamkan, Dhani bertindak memuat naik hantaran tersebut selepas mendakwa Maia menjadi punca anak perempuanmya iatu Shaafea menangis ketika menghadiri acara El Rumi.

Untuk rekod, Dhani dan Maia mendirikan rumah tangga pada 1996 sebelum berpisah pada 2008. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad Jalaluddin Rumi dan Abdul Qodir Jaelani.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain