suria

Ray J mengaku tidur lebih 12,000 wanita, tak malu siap buat pesta rai rekod pencapaian

Ray J tidak malu berkongsi kisah peribadi.

PENYANYI rap Ray J secara terbuka memberitahu dia pernah menjalinkan hubungan intim dengan lebih 12,000 wanita sebelum ini.

Pengakuan Ray J itu mengejutkan banyak pihak kerana mustahil bagi seorang lelaki berusia 45 tahun sepertinya melakukan perkara sedemikian.

Menjelaskan secara terperinci, penyanyi itu turut mendedahkan rutin hubungan intimnya lebih 'rancak' ketika terlibat dalam konsert jelajah.

Pendedahan Ray J mengejutkan ramai ramai peminat. 

"Sekarang sudah lebih kurang 12,500 wanita.

“Pengiraannya berbeza sebab apabila kami sedang dalam jelajah, kadang-kadang boleh jadi lima hingga 10 orang sehari,” katanya ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah program audio siar.

Tanpa rasa malu, Ray J juga pernah mengadakan sebuah pesta besar-besaran bagi meraikan pencapaiannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles dan Zoe Kravitz didakwa sudah bertunang, mahu segera timang cahaya mata 

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kekasih curang, hubungan Megan Thee Stallion dengan pemain bola keranjang berakhir 

Acara berkenaan diadakan ketika dia mencapai angka 10,000 wanita yang pernah bersamanya.

Menurutnya, sekitar 500 tetamu pada majlis berkenaan merupakan wanita yang pernah ditidurinya.

“Saya buat satu parti besar. Ramai yang datang memberi sokongan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain