suria

Enggan ikut jejak langkah bapa, anak Pasha Ungu tak sedia kahwin muda

Kiesha belum fikir soal jodoh.

PELAKON Kiesha Alvaro tidak merancang untuk mencari pasangan hidup serta menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Menurut anak kepada penyanyi Pasha Ungu ini, meskipun bapanya bernikah pada usia muda, namun itu bukan ukuran untuk dia melakukan perkara sama.

Bagi Kiesha, 22, dia perlu mempersiapkan dirinya terlebih dahulu sebelum berfikir soal jodoh.

Nama Kiesha kini semakin dikenali. 

"Ayah saya nekad bernikah pada usia muda dan perkahwinan itu boleh dikatakan berjaya, tetapi saya tidak seberani dia.

"Biarlah saya tangguhkan dahulu sehingga benar-benar sedia. Saya perlu bersedia dari segi emosi dan mental untuk menghadapi kehidupan berumah tangga," katanya.

Dalam masa sama, dia menegaskan tumpuannya kini adalah kepada kerjaya seni selain mengukuhkan nama sebagai seorang pelakon filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tuduh Ria Ricis menipu, sengaja guna alasan sinus untuk buat pembedahan plastik 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Angela ‘operate’ hidung, suami tak jadi cerai… Rumah tangga berjaya diselamatkan

Tambah Kiesha, bapanya juga tidak pernah mendesak untuk segera mencari pasangan hidup.

"Ayah tidak paksa saya untuk segera bernikah pada usia sekarang ini," ujarnya.

Untuk info, Kiesha merupakan anak sulung Pasha hasil perkahwinan pertamanya dengan Okie Agustina.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga pada usia 24 tahun, namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain