DEMI melangsaikan hutang mencecah RM1.49 juta, seorang pelakon wanita dari China sanggup menghasilkan kandungan video lucah dan menjualnya kepada orang ramai.Pelakon yang dikenali sebagai Lisa itu berkata, dia terpaksa menggunakan jalan tersebut bagi menyelesaikan beban kewangan yang ditanggung sejak beberapa tahun lalu. Menurut Lisa, masalah itu bermula selepas dia membenarkan seorang rakan menggunakan namanya untuk membuat pinjaman bagi membuka restoran.Hutang Lisa dianggarkan RM1.49 juta. Namun rakannya didakwa melarikan diri bersama wang pinjaman berjumlah USD158,000 (RM744,000), menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang tersebut.Jumlah itu kemudian bertambah apabila dicampur dengan hutang peribadinya sendiri.Pada 25 April lalu, Lisa muncul dalam siaran langsung di saluran SWAG yang dikenali sebagai antara platform penstriman dewasa terbesar di Asia.ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kekasih curang, hubungan Megan Thee Stallion dengan pemain bola keranjang berakhir ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tuduh Ria Ricis menipu, sengaja guna alasan sinus untuk buat pembedahan plastikDalam siaran berkenaan, dia dilihat menjalani sesi urutan bersama seorang pelakon lelaki sebelum berlaku insiden tidak sengaja mendedahkan bahagian dada.Bagaimanapun Lisa tidak berasa malu dengan tindakannya itu."Payudara saya milik saya, dan saya berhak menunjukkannya kepada sesiapa yang saya mahu," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!