suria

Dakwa kekasih curang, hubungan Megan Thee Stallion dengan pemain bola keranjang berakhir 

Megan sahkan sudah putus cinta.

HUBUNGAN cinta antara penyanyi rap Megan Thee Stallion dan bintang bola keranjang NBA iaitu Klay Thompson dilaporkan sudah berakhir selepas hampir setahun mereka menyulam kasih.

Megan, 31, menerusi satu kenyataan mengesahkan perpisahan tersebut dan menegaskan bahawa dia kini mahu memberi fokus sepenuhnya kepada ketenangan diri.

"Kepercayaan, kesetiaan dan rasa hormat adalah perkara yang tidak boleh dikompromi. Apabila nilai ini sudah tiada, saya tidak nampak lagi jalan untuk kita teruskan," katanya.

Megan dakwa teman lelakinya berlaku curang.

Megan juga mendakwa bahawa Klay berlaku curang dibelakangnya sepanjang hubungan mereka. 

"Curang, bawa saya kenal seluruh keluarga awak dan berlakon macam sudah berkeluarga tapi akhirnya 'kecut perut' (cold feet).

ARTIKEL BERKAITAN: El Rumi, Syifa Hadju sah bergelar suami isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom tak putus asa, sekali lagi cuba nasib pikat Lee Min Ho... Tulis surat luah rasa rindu

"Saya setia menyokong awak melalui semua perubahan emosi yang buruk serta layanan buruk terhadap saya sepanjang musim bola keranjang. Sekarang tak tahu kalau awak boleh jadi 'monogami' (setia pada satu pasangan)?" soalnya. 

Menerusi tinjauan di media sosial, Megan sudahpun memadam semua foto kenangan bersama Klay termasuk perkongsian mengenai hadiah mewah sebuah kereta Bentley bernilai kira-kira RM950,000 yang diterimanya pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain