PERSONALITI media sosial, Ria Ricis sekali lagi menjadi perhatian apabila penjelasannya mengenai perubahan bentuk hidung mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.Menurut laporan Suara, ramai netizen yang tidak mempercayai alasan bahawa perubahan itu berpunca daripada rawatan sinus semata-mata, malah ada yang secara terbuka menyifatkannya sebagai tidak logik. "Operasi sinus tak ubah bentuk hidung, kalau berubah macam itu memang pembedahan plastik. Alasan sinus yang diberikan tidak dapat diterima oleh netizen."Cakap saja nak hidung mancung, tak perlu guna alasan kesihatan," tulis netizen. Sebelum ini, Ria memaklumkan bahawa dia menjalani rawatan berkaitan masalah pernafasan selepas mengalami gangguan pada bahagian hidung sejak beberapa minggu lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Masih trauma tapi dah ‘move on’, Ria Ricis mula buka hati buat lelaki lainARTIKEL BERKAITAN: Rawatan psikologi tidak berjaya, Ria Ricis jalani ‘ruqyah’ untuk hilangkan traumaHasil pemeriksaan doktor mendapati masalah tersebut disebabkan sinus serta pembengkakan pada bahagian dalam hidung.Tambahnya doktor menyarankan untuk menjalani prosedur lanjut yang melibatkan pembedahan bagi membetulkan keadaan hidung yang dikatakan tidak simetri.Namun begitu, penjelasan tersebut tidak mudah diterima netizen yang rata-rata tampil mempersoalkan kenyataan berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!