suria
mStar - Urban.Versatil

Rawatan psikologi tidak berjaya, Ria Ricis jalani ‘ruqyah’ untuk hilangkan trauma

Ria jalani rawatan ruqyah di beberapa daerah di Indonesia.

PERSONALITI media sosial terkenal, Ria Ricis mendedahkan dia kini menjalani rawatan ruqyah iaitu kaedah penyembuhan cara Islam melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran sejak awal tahun 2026 bagi mengatasi trauma yang dialaminya sebelum ini.

Memetik laporan Suara, Ria memberitahu rawatan perubatan dan sesi psikologi yang diikuti sebelum ini dirasakan masih belum mencukupi untuk menyembuhkan luka emosi yang dipendam sekian lama.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui sudah berkali-kali menjalani ruqyah di beberapa lokasi berbeza termasuk di Cianjur, Bogor dan Depok, Indonesia.

“2026 ini saya dah ruqyah berapa kali ya? Dah banyak kali juga.

Ria berikhtiar dengan menjalani rawatan cara Islam.

“Trauma dulu-dulu. Saya keliru nak sembuhkan macam mana. Sudah berjumpa dengan pakar psikologi tetapi tak berjaya, jadi rasanya saya kena ruqyah lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ria berkata amalan tersebut turut dipengaruhi kakaknya iaitu pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi yang sememangnya mengamalkan rawatan ruqyah secara konsisten.

“Rutin ruqyah sebab ikut kakak. Oki sendiri memang amalkan, jadi saya ikut jejak langkah dia,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih trauma tapi dah ‘move on’, Ria Ricis mula buka hati buat lelaki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri sulung minta adik buat teman bermain, Ria Ricis cadang ambil anak angkat

Dalam masa sama, Ria turut memperbetulkan persepsi segelintir pihak yang sering mengaitkan rukiah semata-mata dengan unsur pengusiran makhluk halus.

Jelasnya, proses tersebut lebih kepada usaha menenangkan jiwa selain membersihkan diri daripada ‘tenaga negatif’ yang dirasakan mengganggu kestabilan emosi dan mentalnya.

“Kadang kita tak sedar apa yang ada dalam diri kita. Mungkin ada rasa resah, gelisah dan lain-lain,” ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain