suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tampil berpurdah... Rakan-rakan dakwa Kartika Putri didesak suami alim

SELEPAS hampir setahun menyepi, pelakon Kartika Putri akhirnya kembali muncul di media sosial dengan penampilan baharu yang lebih tertutup.

Kartika, 35, yang kini mengenakan niqab atau purdah tampil berkongsi sebab dia memilih untuk menyepi daripada dunia hiburan sejak tahun lalu.

Menurut Kartika, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada dirinya mendalami proses hijrah dan memperkukuhkan kerohanian.

Kartika berehat kerana sedang mendalami proses hijrahnya. 

"Menghilang untuk menikmati proses," katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

Bagaimanapun, perubahan drastik itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan rakan-rakan.

Kata Kartika, ada yang berasa segan dan takut untuk mendekatinya kerana menganggap perubahannya itu terlalu drastik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik gigih kerja sepanjang Ramadan, boleh nyanyi nasyid selain dangdut 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Aurel Hermansyah terima layanan buruk, Atta Halilintar nafi kemelut dalam keluarga

Malah timbul juga dakwaan kononnya dia dipaksa atau dicuci otak oleh suami sehingga memilih untuk menutup seluruh wajah.

Menjawab tuduhan tersebut, suaminya iaitu Usman menegaskan dia tidak pernah memaksa isterinya untuk berubah.

"Saya tak pernah paksa," katanya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain