suria
mStar - Urban.Versatil

Netizen dakwa Aurel Hermansyah terima layanan buruk, Atta Halilintar nafi kemelut dalam keluarga

Atta (kanan) menafikan isterinya menerima layanan buruk daripada keluarga.

PERSONALITI media sosial tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan isterinya menerima layanan buruk daripada keluarga mentua. 

Menafikan segala tuduhan tersebut, Atta memberitahu Aurel Hermansyah sentiasa diterima baik dalam kalangan ahli keluarga ‘Gen Halilintar’. 

"Tak ada (kemelut), semuanya baik-baik saja. Insya-Allah semuanya baik," katanya. 

Keluarga Atta didakwa berlaku tidak adil kepada Aurel.

Dalam pada itu, Atta turut menolak dakwaan netizen yang sering membandingkan Aurel dengan Aaliyah Massaid iatu isteri kepada adiknya, Thariq Halilintar. 

Malah kata Atta keluarganya tidak pernah membezakan layanan terhadap siapa pun. 

"Ya, itu biasalah netizen nak kaitkan dengan semua benda. Kami baik-baik saja dan saling mendoakan serta beri sokongan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada gambar ‘turun tanah’ bersama keluarga suami, Atta Halilintar anggap isteri wanita kuat - “Anak diva terkenal pun dilayan buruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok bercuti di Singapura, isteri Atta Halilintar risau ‘melekat’ anak ketiga

"Semuanya adil, semuanya sihat kita doakan saja yang terbaik untuk semua," ujarnya. 

Sejak kebelakangan ini, ramai cuba membandingkan layanan ibu bapa Atta terhadapnya dan ahli keluarga yang lain.

Ibu Atta, Geni Faruk didakwa pilih kasih kerana sebelum ini membuat kenyataan menulis hantaran mengatakan anak Thariq iaitu Arash adalah cucu kesayangannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain