suria
mStar - Urban.Versatil

Dua tahun tiada tawaran kerja, Park Sang Myun terlepas peluang genggam trofi... Pelik timbul dakwaan ambil dadah

Park Sang Myun kenang kembali detik hitam dalam karier seninya.

PELAKON Park Sang Myun mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon selama dua tahun susulan kontroversi yang mendakwa dirinya terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Lebih menyedihkan, Sang Myun, 58, berkata namanya turut digugurkan sebagai calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik akibat khabar angin berkenaan.

“Pada tahun itu, saya sudah dicalonkan dan menerima panggilan untuk membuat persediaan. Tetapi tiba-tiba sebuah berita tabloid tersebar.

Sang Myun syukur dirinya mengabaikan kejadian tersebut.

“Ia mendakwa pelakon ‘P’ sedang disiasat kerana penggunaan ganja. Drama yang disebut dalam khabar angin itu sama seperti drama lakonan saya.

“Mereka tidak menyebut nama sebenar, namun stesen penyiaran bertindak seolah-olah saya bakal ditangkap,” katanya.

Sang Myun berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu program Day & Night.

Menurutnya, situasi menjadi lebih janggal apabila dia tidak dapat tampil menafikan dakwaan kerana namanya tidak disebut secara jelas dalam laporan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT buat kejutan, berhabis lebih RM3,000 untuk peminat sempena Hari Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun putus cinta, Kim Yu Ji umum kahwin Mei depan

“Agak pelik untuk saya tampil mengaku tidak terlibat sedangkan tiada nama dinyatakan. Namun, di internet, semua orang menganggap individu itu adalah saya.

“Akhirnya, saya dikeluarkan daripada pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik,” luahnya.

Tambahnya, identiti sebenar individu yang terlibat hanya terbongkar selepas dua tahun, namun ketika itu kerosakan terhadap reputasinya sudah pun berlaku.

Bagaimanapun, Sang Myun bersyukur kerana berjaya melalui tempoh sukar tersebut dengan sokongan rakan-rakan.

“Saya abaikan kata-kata netizen dan terus berjumpa rakan-rakan. Kami masih ketawa dan melepak bersama sehingga akhirnya saya sedar isu itu semakin dilupakan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain