suria
mStar - Urban.Versatil

Tiga tahun putus cinta, Kim Yu Ji umum kahwin Mei depan

Yu Ji bakal bergelar isteri pada Mei depan.

SELEPAS tiga tahun melalui fasa putus cinta, pelakon Korea Selatan, Kim Yu Ji akhirnya membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila bakal mendirikan rumah tangga pada Mei depan.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Yu Ji menerusi akaun media sosial miliknya pada 13 Februari lalu bersama beberapa foto sekitar majlis lamaran mereka.

“Saya akan menjadi pengantin Mei  depan. Ya, saya akan berkahwin,” tulisnya ringkas.

Yu Ji anggap bakal suami seorang yang baik hati.

Dalam perkongsian sama, Yu-ji turut mendedahkan sikap sebenar bakal suami sehingga berjaya menambat hatinya.

“Walaupun kami menghabiskan masa bersama tanpa henti selama seminggu, ia sentiasa menyeronokkan dan selesa.

“Dia sentiasa berdiri di sisi saya. Seorang yang baik hati, malah sentiasa memihak kepada saya terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Yu Ji, hubungan mereka yang bermula sebagai sahabat rapat akhirnya berkembang menjadi cinta dan membawa kepada keputusan untuk hidup bersama selamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama peminat menanti, Kim Jong Kook akhirnya umum bakal kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada kehamilan sebelum nikah” - Agensi pertahan Shin Min Ah

Menerusi foto yang dimuat naik, Yu Ji mengenakan gaun pengantin putih manakala tunangnya memakai sut tuksedo.

Untuk rekod, Yu Ji mula dikenali selepas tampil dalam rancangan variasi terbitan TV Chosun iaitu Taste of Love pada 2019.

Ketika itu, dia mencuri perhatian ramai apabila menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Jeong Jun biarpun berbeza usia 13 tahun.

Bagaimanapun, hubungan tersebut dilaporkan berakhir pada 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain