suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gordon Ramsay nasihat Brooklyn Beckham jangan lupa asal-usul... “Ibu bapa kamu tidak akan sentiasa ada”

Gordon (kiri) secara terbuka memberi nasihat kepada Brooklyn.

CEF selebriti, Gordon Ramsay menasihati Brooklyn Peltz Beckham supaya mengingati asal-usulnya selepas berlaku pertelingkahan terbuka dengan ibu bapanya.

Menurut Mirror, walaupun Gordon menyayangi Brooklyn dan mengakui dia berhati baik, namun lelaki berusia 26 tahun itu kini terlalu fokus kepada isterinya, Nicola Peltz.

"Dia terdesak untuk berdiri atas kaki sendiri dan membina jalan hidup sendiri. Itu memang bagus. 

Kemelut keluarga Beckham (kanan) mendapat perhatian ramai.

"Tapi ingat asal-usul kamu (Brooklyn). Suatu hari nanti, ibu bapa kamu tidak akan sentiasa ada," katanya. 

Difahamkan, Gordon dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Beckham.

Buktinya, David dan Victoria Beckham menghadiri perkahwinan anak perempuannya, Holly Ramsay, pada Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi tatu ‘Dad’ di lengan, Brooklyn padam kenangan bersama keluarga Beckham

ARTIKEL BERKAITAN: Brooklyn Beckham nekad putuskan hubungan keluarga, enggan berdamai dengan ibu bapa... “Mereka sanggup berbohong demi jaga imej”

Untuk rekod, ketegangan antara Brooklyn dan Nicola bersama keluarga Beckham dipercayai bermula sejak persiapan perkahwinan pasangan itu pada 2022.

Kemelut dalam keluarga itu juga semakin menjadi perhatian apabila Brooklyn dilihat tidak ikut serta dalam beberapa acara, termasuk sambutan ulang tahun.

Lebih mengeruhkan keadaan, Brooklyn meminta Victoria dan David tidak menghubunginya, melainkan melalui peguam sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain