suria

Tiada lagi tatu ‘Dad’ di lengan, Brooklyn padam kenangan bersama keluarga Beckham

Konflik keluarga Beckham terus menjadi bualan.

HUBUNGAN keluarga selebriti David dan Victoria Beckham semakin memuncak apabila anak sulung mereka iaitu Brooklyn Beckham bertindak menutup tatu di lenganya.

Memetik laporan Page Six, Brooklyn bertindak mengubah tatu berbentuk sauh yang pernah dia dedikasikan khas buat bapanya.

Malah sebelum ini, tatu di lengannya itu juga tertulis perkataan 'Dad' namun kini terlihat seperti bintang laut dan pelampung keselamatan.

Brooklyn dan isteri, Nicola terlihat bahagia.

Perubahan tersebut disedari netizen selepas Brooklyn dan isterinya Nicola peltz muncul di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Menurut sumber terdekat Brooklyn menjalani rawatan laser bagi menghilangkan tatu lama tersebut sepenuhnya.

Tidak hanya itu, tatu di bahagian dada yang pernah didedikasikan kepada ibunya, Victoria Beckham, juga dilaporkan sudah dipadam.

ARTIKEL BERKAITAN: David, Victoria Beckham pentingkan ‘jenama’ keluarga, anak jadi mangsa manipulasi

ARTIKEL BERKAITAN: Brooklyn Beckham nekad putuskan hubungan keluarga, enggan berdamai dengan ibu bapa... “Mereka sanggup berbohong demi jaga imej”

Untuk rekod, ketegangan antara Brooklyn dan isteri, Nicola Peltz, bersama keluarga Beckham dipercayai bermula sejak persiapan perkahwinan pasangan itu pada 2022.

Kemelut dalam keluarga ini juga semakin menjadi perhatian apabila Brooklyn dilihat tidak ikut serta dalam beberapa acara, termasuk sambutan ulang tahun.

Lebih mengeruhkan keadaan, Brooklyn meminta Victoria dan David Beckham tidak menghubunginya, melainkan melalui peguam sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain