PELAWAK veteran, Prapto Suryani dilaporkan berdepan masalah kesihatan apabila disahkan menghidap penyakit batu hempedu dan talasemia.Perkara itu mula mendapat perhatian ramai selepas satu kutipan derma untuk membantu kos rawatan Prapto atau atau lebih dikenali sebagai Prapto Pempek, 71, tular di media sosial.Prapto perlukan bantuan kewangan. Difahamkan, Prapto telah dimasukkan ke Hospital Hermina Bekasi, Indonesia sejak Sabtu lalu sebelum menjalani pembedahan membuang batu hempedu pada Isnin selepas keadaannya dilaporkan semakin serius.Menurut Prapto, keputusan untuk menjalani pembedahan dibuat atas nasihat doktor memandangkan saiz batu hempedu yang agak besar dan berisiko jika tidak dirawat segera.“Saya ikut saranan doktor untuk lakukan pembedahan kerana memang perlu dibuat segera. ARTIKEL BERKAITAN: Nama tiba-tiba digugurkan, Chiki Fawzi sedih hasrat bantu jemaah haji tidak kesampaianARTIKEL BERKAITAN: Pelawak jadi mangsa penipuan selepas beli Honda Jazz RM4,800, kereta ditarik ketika rakam podcast"Batu hempedu sudah agak besar dan berbahaya kalau dibiarkan,” katanya.Prapto turut meluahkan rasa syukur apabila proses pembedahan berjalan lancar dan kini sedang menjalani rawatan rapi bagi memastikan pemulihan sepenuhnya.“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Buat masa ini saya masih perlu menjalani rawatan dan pemantauan doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube