suria

Pelawak jadi mangsa penipuan selepas beli Honda Jazz RM4,800, kereta ditarik ketika rakam podcast

Kereta Dustin ditarik ketika rakaman podcast miliknya sedang berjalan.

PELAWAK Indonesia, Dustin Tiffani berdepan pengalaman pahit apabila menjadi mangsa penipuan pembelian kereta jenis Honda Jazz bernilai Rp200 juta (RM4,800).

Bukan sahaja menanggung kerugian besar, kenderaan yang dibelinya itu turut ditarik oleh pihak penarik hutang ketika dia sedang bekerja.

Menurut Dustin, 34, kereta berkenaan dibeli daripada seorang individu dikenali dan bekerja di belakang tabir di sebuah saluran YouTube. 

Dustin beli kereta Honda Jazz dengan nilai RM4,800.

Menurut Dustin, selepas membuat pembayaran wang pendahuluan dan ansuran, dokumen penting kenderaan seperti Buku Pemilik Kenderaan Bermotor (BPKB) gagal diserahkan dengan pelbagai alasan.

Situasi menjadi semakin parah apabila kereta tersebut secara tiba-tiba ditarik oleh pihak pembiayaan sewa beli (leasing) ketika Dustin sedang menjalani rakaman podcast. 

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi filem tergamak bayar pelajar ‘intern’ RM150, Kartina Aziz anggap tak wajar... Pengarah pula terus disanjung

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Lunas Ansuran, Ferrari Milik Tyga Ditarik

Difahamkan, individu terbabit tidak melunaskan bayaran kepada pihak dealer walaupun Dustin telah membuat bayaran penuh.

Kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis Jakarta Selatan, namun sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. 

Pendedahan Dustin menerusi podcast turut mendorong beberapa mangsa lain tampil, sementara suspek dilaporkan telah melarikan diri dan menukar identiti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain