suria

Konflik keluarga David Beckham semakin memuncak... Brooklyn bertegas, arah ibu bapa guna peguam untuk berhubung

Brooklyn tidak mahu ibu bapa terus menganggunya.

HUBUNGAN Brooklyn Beckham dengan ibu bapanya, David dan Victoria Beckham dilaporkan semakin tegang apabila anak sulung pasangan selebriti itu meminta agar mereka tidak lagi menghubunginya.

Menurut laporan Page Six, Brooklyn, 26, dikatakan telah menghantar notis undang-undang kepada ibu bapanya yang menetapkan bahawa sebarang komunikasi selepas ini hanya boleh dibuat melalui peguam.

Bukan itu sahaja, Brooklyn juga meminta agar David dan Victoria tidak menyebut namanya di media sosial, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa hubungan keluarga mereka kini berada pada tahap paling buruk.

Drama keluarga Beckham bermula sejak 2022. 

Sumber terdekat mendedahkan tindakan tersebut dibuat bagi menjaga batas peribadi Brooklyn selepas berbulan-bulan berdepan ketegangan keluarga yang dikatakan bermula sejak perkahwinannya dengan pelakon Amerika, Nicola Peltz pada 2022.

Difahamkan, Brooklyn turut berang dengan dakwaan sesetengah pihak yang menggambarkan dirinya dikawal oleh isterinya, sekali gus menambah tekanan dalam hubungan dengan keluarganya sendiri.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Victoria didakwa meninggalkan tanda suka pada video masakan Brooklyn di Instagram yang dianggap sebagai melanggar permintaan dalam notis tersebut.

Susulan itu, Brooklyn dikatakan menyekat ibu bapa serta adik-beradiknya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan 'unfollow', Brooklyn Beckham sekat semua ahli keluarga di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: David Beckham tamatkan isu keluarga, panggil anak duduk berbincang empat mata

Terdahulu, Brooklyn dan Nicola tidak kelihatan menghadiri beberapa acara penting keluarga Beckham, termasuk sambutan hari jadi ke-50 David, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai pergolakan hubungan mereka.

Walaupun David dan Victoria dikatakan masih berusaha memulihkan hubungan dengan anak sulung mereka, namun usaha tersebut setakat ini dilaporkan belum membuahkan hasil.

Setakat ini, wakil Brooklyn mahupun keluarga Beckham belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain