suria

Inara mengaku pernah pukul anak, tuduhan ibu mentua tepat

Inara mengaku pernah memukul anak seperti dakwaan ibu mentuanya.

BEKAS isteri kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli tampil memberi respons terhadap dakwaan ibu mentuanya yang menuduh dia sering memukul anak. 

Menerusi pendedahan yang dibuat di saluran YouTube Denny Sumargo, Inara mengakui pernah memukul anaknya, namun menegaskan tindakan itu dilakukan atas tujuan mendidik.

“Kalau pukul memang saya pernah, tapi kerana satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Contohnya mencuri,” katanya. 

Dalam pada itu, Inara menjelaskan perbuatan mencuri itu didakwa dilakukan oleh anaknya secara berulang kali.

Inara bertindak memukul anaknya dengan tujuan mendidik.

Kata Inara, dia sudah berkali-kali menegur serta menasihati anaknya secara lisan, namun tingkah laku tersebut terus berulang meskipun anaknya telah diberi peringatan yang tegas daripada ibu bapa.

“Seorang anak itu perlu kita didik supaya mereka belajar bahawa dalam hidup ini ada akibat dan konsekuensi,” ujarnya. 

Sebelum ini, ibu Virgoun iaitu Eva Manurung mendakwa Inara melakukan keganasan fizikal terhadap cucunya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun ‘naik hantu’, dakwa Inara Rusli tamak mahu ambil semua harta

ARTIKEL BERKAITAN: Madu Inara Rusli nekad mahu cerai, tak mahu hidup berpoligami

Eva mendakwa Inara pernah memukul anak-anaknya seolah-olah memukul seorang pencuri. 

Bukan itu sahaja, Eva turut mendakwa bekas menantunya itu bertindak kasar dengan menarik rambut anaknya dan mengheret mereka dari tangga di rumah. 

Untuk rekod, Inara Rusli dan Virgoun sah bercerai pada tahun lalu selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa kecurangan.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain