IBU kepada penyanyi Virgoun, Eva Manurung tidak dapat menahan sabar terhadap tindakan Inara Rusli didakwa menggadaikan kereta milik anaknya.
Menurut laporan Trans TV, Eva memberitahu segala harta yang ditinggalkan Virgoun selepas penceraian sepatutnya digunakan untuk anak-anak mereka.
“Itu rumah, kereta, semua harta. Virgoun keluar dari rumah hanya dengan selipar jepun dan seluar pendek, tidak membawa apa-apa, kereta ditinggalkan.
“Kereta itu milik anak-anak, ditinggalkan supaya boleh digunakan untuk hantar dan ambil mereka ke sekolah,” katanya.

Inara didakwa menggadaikan kereta milik Virgoun.
Dalam pada itu, Eva mendedahkan beberapa aset seperti rumah adalah atas nama Inara.
Mengikut perjanjian penceraian rumah tersebut adalah harta yang ditetapkan akan menjadi milik anak-anak selepas mereka mencapai usia 21 tahun.
Kata Eva, dia tidak terkejut sekiranya Virgoun meluahkan kemarahan atas tindakan Inara yang dianggap sudah melampau.
"Rumah itu memang atas nama Inara tetapi sudah tercatat sebagai harta anak-anak apabila mencapai usia 21 tahun. Mudah saja dia (Inara) ambil sesuka hati.
"Wajar saja kalau anak saya marah, jangan tamak ya," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak jadi mangsa buli isu skandal Inara, Virgoun rancang rebut hak penjagaan
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Virgoun ‘angkat kaki’ hanya bawa spender, bekas ibu mentua kecewa Inara Rusli didakwa berzina dalam rumah anaknya
Sebelum ini, seorang pempengaruh bernama Wardatina Mawa tampil membuat laporan polis, mendakwa suaminya, Insanul Fahmi menjalin hubungan dengan Inara.
Mawa juga mendakwa dia mempunyai bukti kukuh termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suaminya melakukan perbuatan zina dengan penyanyi itu.
Kontroversi kembali hangat apabila dikatakan Inara sudah bernikah dengan lelaki berkenaan.
Untuk rekod, Inara Rusli dan Virgoun sah bercerai pada tahun lalu selepas dia mendakwa dirinya menjadi mangsa kecurangan.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


