IBU kepada penyanyi Virgoun iaitu Eva Manurung terkesan dengan kekecohan bekas menantunya, Inara Rusli yang didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Lebih mengecewakan, Inara didakwa melakukan hubungan intim bersama lelaki yang dikenali sebagai Insanul Fahmi di rumah pemberian Virgoun kepada anak-anaknya.
Eva berkata rumah tersebut diserahkan kepada cucunya selepas Inara dan Virgoun sah bercerai dua tahun lalu.

Eva kecewa dengan apa yang berlaku.
Kata Eva, ketika itu Virgoun nekad keluar dari rumah berkenaan dengan hanya membawa sedikit barang demi keselesaan anak-anak.
"Dia bawa seluar dalam, selipar dan baju untuk persembahan. Saya rasa itu pengorbanan besar yang dia lakukan demi anak-anak," katanya memetik laporan Suara.com.
Jelasnya, walaupun sudah berpisah Virgoun masih mempunyai akses untuk memantau situasi kediaman rumah tersebut kerana berasa dirinya masih mempunyai hak.
Sebelum ini, seorang pempengaruh bernama Wardatina Mawa tampil membuat laporan polis, mendakwa suaminya, Insanul Fahmi menjalin hubungan dengan Inara.
ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli akhirnya bersuara, tampil buat laporan polis
ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa anak lari, dakwa simpan video Inara Rusli berzina
Mawa juga mendakwa dia mempunyai bukti kukuh termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suaminya melakukan perbuatan zina dengan penyanyi itu.
Kontroversi kembali hangat apabila dikatakan Inara sudah bernikah dengan lelaki berkenaan.
Pengakuan tersebut dibuat sendiri oleh Insanul yang memberitahu bahawa dia telah menjadi suami kepada Inara pada Ogos lalu dan pernikahan mereka dilakukan secara sembunyi.
Untuk rekod, Inara Rusli bercerai dengan Virgoun pada 2023 selepas didakwa menjadi mangsa kecurangan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


