suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nilam Ortiz tubuh pasukan peguam bantu wanita teraniaya, tanggung kos guaman guna wang sendiri

Nilam mahu bantu wanita teraniaya.

MEMAHAMI nasib wanita yang teraniaya dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya, pelakon dan usahawan Nur Nilam Ortiz mengambil inisiatif menubuhkan pasukan peguam bagi membantu golongan terbabit.

Nilam, 45, berkata dia bersama pasukan peguamnya kini mula menguruskan kes terpilih dengan menawarkan bantuan guaman secara percuma yang dibiayai menggunakan wang peribadinya sendiri.

“Alhamdulillah, hari ini saya bersama pasukan peguam sudah mula bergerak untuk menguruskan kes-kes yang diambil bagi membantu wanita-wanita teraniaya.

Hantaran Nilam raih perhatian kaum wanita.

“Bantuan guaman percuma ini dibiayai secara peribadi oleh saya sendiri,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dia turut berkongsi rakaman video yang memaparkan dirinya bersama pasukan peguam yang bakal mengendalikan wanita teraniaya.

Bekas isteri kepada pelakon Azlan Komeng itu berkata, pengalaman memahami kesakitan akibat kezaliman mendorongnya untuk membantu individu yang tidak berkemampuan mempertahankan hak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng, Nilam Ortiz sah bercerai... Kekal berkawan demi anak

ARTIKEL BERKAITAN:  Nilam Ortiz beri bayangan berpisah…”Saya dan Azlan Komeng sepakat teruskan kehidupan di jalan berbeza”

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila ada mangsa terpaksa berdiam diri bukan kerana mereka bersalah, sebaliknya tidak mempunyai wang untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya.

“Sebab saya tahu betapa sakitnya apabila seseorang dizalimi, tetapi tidak mampu mempertahankan diri.

“Lebih menyedihkan apabila mereka terpaksa berdiam diri bukan kerana mereka salah, tetapi kerana tidak mempunyai wang untuk mendapatkan pembelaan.

“Saya tak mampu mengubah nasib semua orang. Tapi kalau Allah izinkan saya menjadi sebab seseorang mendapat kembali hak dan keadilan, itu pun dah cukup bermakna buat saya. Doakan urusan kami dipermudahkan,” ujarnya.

Azlan sentiasa menyokong tindakan Nilam.

Dalam pada itu, Nilam menjelaskan setiap kes yang diterima perlu diteliti terlebih dahulu, termasuk dari segi bukti, keadaan individu terbabit dan lokasi, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan sewajarnya.

“Bagi yang masih belum menerima jawapan, saya mohon bersabar ya,” jelasnya.

Untuk rekod, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai KJ.

Pasangan itu mengesahkan perceraian mereka pada 13 Mac lalu.

Artikel Lain