suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fadlan Hazim ‘bersara‘ media sosial, bukan dunia seni... “Banyak yang tak telus“

Hantaran Fadlan raih perhatian peminat.

PELAKON Fadlan Hazim menjelaskan hantaran yang dibuat sebelum ini seakan pembayang bakal menghilangkan diri bukan bermaksud dia mahu bersara daripada dunia seni.

Sebaliknya, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 34, perkara tersebut dibuat adalah mengenai keputusannya untuk berundur dan tidak lagi aktif menggunakan aplikasi Instagram.

"Saya rasa suasana di Instagram sudah tidak berapa kena dengan saya buat masa ini sebab saya lebih fokus kepada urusan perniagaan, menjual barang dan berkongsi tentang hobi. 

Fadlan anggap Instagram tak tulus.

"Algoritma di Instagram pun saya rasa sudah berbeza. Saya tidak boleh lagi bermain Instagram seperti dahulu. Apa yang saya nampak, Instagram ini lebih kepada tempat untuk menunjuk perkara-perkara yang 'glam', kehidupan yang nampak sentiasa bahagia di mana ramai orang hanya menunjukkan satu sisi perspektif sahaja.

“Mereka tidak mahu tunjukkan perkara yang asli dan realiti sebenar. Kalau dibandingkan dengan TikTok atau YouTube, orang tunjukkan realiti harian seperti kepenatan atau masalah yang dihadapi. Jadi bagi saya, Instagram ini banyak yang tidak telus,” katanya kepada mStar. 

Fadlan berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran filem Takluk 2: OP Daulat di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: VIP buat persembahan di Konsert Adam... Fadlan Hazim tak kecil hati tidak diundang, gembira bekas kumpulan 'comeback'

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ada makcik ‘hempuk’ Fadlan Hazim sebab benci, watak ‘Uncle Bengkel’ pula buat peminat sayang

Bukan sahaja Instagram, Fadlan turut mendedahkan dia sudah memadamkan aplikasi Threads kerana tidak mahu membebankan fikiran dengan aura negatif. 

“Saya pernah ada akaun Threads, tapi saya sudah padam aplikasi itu. Di sana saya tengok ramai orang suka mengecam orang lain, asyik mengeluh dan merungut bagi saya, saya tidak mahu terlibat.

“Cara saya guna media sosial, saya cuma mahu hiburkan diri sendiri, tengok kandungan yang menarik, gembira atau ada orang kongsi tip dan maklumat berguna. Kita sendiri pun sudah ada masalah dan rungutan sendiri dalam hidup, tak perlu lagi saya nak hadam rungutan orang lain,” ujarnya.

Fadlan hanya mahu fokus kepada rumah tangganya.

Menyentuh trend segelintir selebriti yang gemar berkongsi kemelut peribadi atau konflik rumah tangga di media sosial, Fadlan memilih untuk tidak mencampuri urusan itu.

“Saya tidaklah menentang perkara itu kerana setiap orang ada hak masing-masing untuk berkongsi apa sahaja. Cuma saya mengambil pilihan untuk tidak membaca kandungan sebegitu kerana saya mahu fokus kepada rumah tangga saya sendiri.

“Sesiapa yang mahu kongsi masalah, itu terpulang kepada mereka, tapi saya tidak akan baca kerana saya ada masalah saya sendiri yang perlu diuruskan,” jelasnya.

Artikel Lain