suria

Dulu ada makcik ‘hempuk’ Fadlan Hazim sebab benci, watak ‘Uncle Bengkel’ pula buat peminat sayang

Fadlan pikat hati penonton menerusi watak Ashraf.

GARA-GARA sering membawa watak antagonis, pelakon Fadlan Hazim pernah dimarahi oleh individu tidak dikenali ketika berada di tempat awam.

Bukan itu sahaja, kata Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 33, ada juga berani menghantar mesej ancaman di media sosial sehingga dia membuat laporan polis bagi melindungi diri.

“Rasanya 10 tahun lalu saya pernah kena hempuk dengan seorang makcik ketika berada di sebuah kedia serbaneka.

fadlan 1

Fadlan kongsi pengalaman dimarahi individu tidak dikenali.

“Tahun lalu pula ada seorang pakcik tegur dan seakan nak meludah ke muka saya.

“Saya juga pernah menerima DM (direct message) ugutan yang agak serius sehingga saya buat laporan polis,” katanya.

Fadlan ditemui ketika majlis tayangan istimewa bersama peminat drama lakonannya berjudul Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Putrajaya pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim sudah sedia bergelar bapa, mahu dua orang cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan ingin timang cahaya mata semakin membuak-buak, Fadlan Hazim sampai mimpi sudah ada anak

Biarpun begitu bagi pelakon ini apa ditampilkan dalam drama lakonannya benar-benar menjadi sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

“Kalau orang dah menyampah itu maknanya menjadilah watak saya,” ujarnya.

Bercakap tentang drama terbaharu lakonannya, aktor ini menyahut cabaran membawa watak berbeza sebagai Ashraf atau lebih dikenai sebagai Uncle Bengkel.

fadlan 3

Watak 'Uncle Bengkel' melekat di hati penonton.

Syukur diterima baik peminat, Fadlan juga memberitahu bukan mudah dia mengubah karakter ketika di awal sesi penggambaran.

“Saya dah banyak bawa watak jahat dan kali ini diberi watak baik. Agak sukar untuk saya sehingga pengarah perlu beri panduan ubah reaksi muka.

“Tapi syukur sambutan baik peminat. Sebelum ini komen di sosial media penuh dengan kecaman. Sekarang orang dah mula sayang,” jelasnya.

Selain Fadlan drama Eyra Rahman ini turut menampillan pelakon lain seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah dan Fauzi Nawawi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain