suria

Yabang umum keluar Khalifah, Apak terkejut tiada sebarang perbincangan

Apak (kiri) akur dengan keputusan Yabang.

KEPUTUSAN vokalis Khalifah iaitu Yabang untuk tidak lagi bersama kumpulan itu mengejutkan ramai peminat.

Malah salah seorang anggota Khalifah iaitu Harry atau lebih dikenali Apak memberitahu tiada perbincangan awal dibuat sebelum rakannya itu mengumumkan pengunduran diri.

Meskipun akur dengan keputusan tersebut, Apak, 45, turut meluahkan rasa sedih dan terkilan atas keputusan secara tiba-tiba yang dibuat oleh Yabang.

"Dia (Yabang) tidak berbincang dengan kami. Saya dapat tahu pun apabila dia membuat pengumuman di laman sosial. Apabila dihubungi katanya dia ikhlas untuk keluar dan minta saya terus menjaga kumpulan ini.

yabang 1

Yabang buat pengumuman keluar Khalifah.

"Sukar untuk saya terima keputusan ini. Rasa sedih dan terkilan semuanya ada. Saya anggapnya seperti abang dan dia meninggalkan kami adik-beradik yang lain. Dia juga pernah cakap kepada saya untuk perjuangkan Khalifah hingga ke akhir karya. Mungkin inilah pengakhirannya.

"Apa pun saya kena akur dengan keputusan ini. Dia ada sebab sendiri untuk tinggalkan Khalifah. Mungkin juga dia merasakan sudah tiba masanya meninggalkan dunia seni," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, Yabang berkongsi satu hantaran mengenai pengundurannya daripada kumpulan Khalifah selepas 19 tahun ia ditubuhkan.

Menerusi ruangan kapsyen, Yabang juga memberitahu dia kini mahu dikenali sebagai Yabang D'Rimba Jingga.

ARTIKEL BERKAITAN: Berebut guna nama kumpulan, Yabang minta artis lama muhasabah diri - “Masa muda bolehlah nak tunjuk hebat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku rindu, nak peluk Apak”- Angah Projector Band mahu jumpa Harry Khalifah, lupakan sengketa lama

Ditanya wujud sebarang masalah antara mereka, Apak sendiri tidak pasti apa yang terbuku dalam hati Yabang.

Malah kali terakhir mereka membuat persembahan pentas bersama pada 31 Januari lalu, Yabang tidak menunjukkan sebarang tanda wujud perselisihan antara mereka.

"Saya tidak berani nak cakap jika ada berlaku masalah antara kami. Biarlah dia sendiri yang jelaskan.

Saya anggapnya seperti abang dan dia meninggalkan kami adik-beradik yang lain

HARRY

KHALIFAH

"Mungkin dia ada terasa hati, namun semuanya boleh berbincang. Saya tak jangka semua ini akan berlaku. Kali terakhir kami berjumpa semuanya baik sahaja. Kami salam dan berpeluk selepas melakukan persembahan," ujarnya.

Bercakap tentang perjalanan seni kumpulan itu, Apak sedar bukan mudah untuk mencari pengganti Yabang kerana rakannya itu memiliki suara unik tersendiri.

Dalam masa sama, Apak juga akan sentiasa memberi sokongan terhadap Yabang sekiranya dia masih meneruskan kerjaya dalam dunia seni.

apa 3

Apak sentiasa memberi sokongan buat Yabang.

"Bukan senang nak mencari vokalis baru. Jika ada pun saya tidak mahu seseorang yang memiliki suara seperti Yabang kerana nanti dikatakan meniru.

"Apa pun yang dilakukan Yabang selepas ini saya akan sentiasa sokong," jelasnya.

Selain Apak dan Yabang, kumpulan Khalifah juga dianggotai oleh Tony, Moy dan Dino.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain