suria

Sharifah Sakinah tolak tawaran bedah ‘eye bag’, ikut petua lama untuk kekal sihat

Sakinah menolak secara baik tawaran pembedahan bawah mata.

BANYAK kali menerima tawaran untuk melakukan pembedahan pada kantung mata, pelakon Sharifah Sakinah bagaimanapun kekal dengan prinsip tidak mahu melakukan sebarang rawatan mengubah anggota tubuhnya itu.

Bagi Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, dia juga enggan berbuat sedemikian hanya kerana mahu mengikut kehendak masyarakat.

"Ini adalah sebahagian anggota badan saya. Saya tidak akan ubah apa yang sudah Allah berikan untuk orang lain. Jika nak buat sekali pun hanya untuk kepuasan sendiri.

sakinah 3

Sakinah amalkan rawatan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan.

"Saya bukanlah ke arah mendengar kata masyrakat atau mengikut trend semasa. Saya juga tidak berkerja berlandaskan wajah," katanya kepada mStar.

Sakinah ditemui ketika majlis tayangan istimewa bersama peminat drama lakonannya berjudul Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Putrajaya pada malam Khamis.

Pelakon ini mengulas perkara tersebut selepas baru-baru ini adalah pihak yang menawarkan rawatan wajah terutama pada bahagian kantung mata atau eye bag yang jelas kelihatan ketika dia membawakan watak Astrid dalam drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan penyondol biasa-biasa” - Sakinah bandingkan diri dengan Sophia Albarakbah, tak peduli dikutuk nampak tua dalam drama

ARTIKEL BERKAITAN: Ada tak percaya Sakinah pernah kahwin, responnya buat netizen terhibur - “Aku janda anak satu”

Menjawab dengan nada berseloroh, Sakinah menolak tawaran berkenaan disebabkan pihak terbabit tersalah ejaan ketika menulis perkataan 'sponsor' dalam ruangan komen di laman sosial miliknya.

Berkongsi tentang rutin penjagaan kecantikan, pelakon ini memberitahu dia lebih gemar mengikut petua lama menggunakan bahan semula jadi.

Malah ketika ditemui dia turut menunjukkan sebungkus cengkih yang dibawa untuk kudapan bagi mengelakkan nafas berbau selain memberikan khasiat pada badan.

Saya juga tidak berkerja berlandaskan wajah

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

"Saya kekal lakukan rawatan secara semula jadi. Kalau boleh bersolek pun saya tak mahu.

"Saya juga amalkan mandi dengan air batu seminggu tiga kali untuk kesegaran badan dan juga kesihatan mental," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang watak Astrid yang kini menjadi bualan ramai, Sakinah berkata ia seperti kemunculan semula selepas sering dikaitkan dengan karakter komedi.

sakinah 2

Watak Astrid membuka mata ramai tentang kemampuan Sakinah dalam lakonan.

"Saya suka watak berat sebegini kerana ia mencabar dan tidak mahu duduk di zon selesa. Sebelum ini banyak watak komedi sehingga orang pun terkejut saya boleh jadi Astrid.

"Selepas ini akan lebih banyak watak berkarater yang akan saya bawakan. Ini adalah sebagai comeback," jelasnya.

Selain Sakinah, drama arahan Eyra Rahman ini turut menampillan pelakon lain seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Fadlan Hazim dan Fauzi Nawawi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain