suria

Ada tak percaya Sakinah pernah kahwin, responnya buat netizen terhibur - “Aku janda anak satu”

Sakinah tenang balas komen negatif netizen.

RESPON Sharifah Sakinah ketika menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram mendapat pujian apabila pelakon itu tidak melenting sebaliknya membalas dengan tenang walaupun komen diberikan kurang sopan.

Ia susulan Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 35, berkongsi foto berdua menyambut ulang tahun anak perempuannya, Anais Adha.

"Hanya kita berdua," katanya di ruangan kapsyen Instagram.

kina 3

Reaksi spontan Sakinah raih pujian.

Rata-rata netizen terhibur melihat momen dua beranak itu selain kejutan disediakan Sakinah buat anaknya.

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan tersebut terdapat komen yang kurang sensitif mengenai Anais yang bertanya sama ada kanak-kanak berkenaan adalah anaknya.

"Happy birthday budak. Err... anak Sakinah ke itu?" tulisnya.

Tidak melatah dengan pertanyaan itu, Shakinah sebaliknya menjelaskan Anais adalah anaknya dan dia merupakan ibu tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Anais tunjuk minat dalam bidang seni, Sakinah sokong tapi pentingkan pendidikan - “Anak saya sekolah agama tau!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa dengan isu semasa dunia, Sharifah Sakinah berehat dua minggu daripada guna media sosial

"Anak akulah. Aku janda anak satu," katanya ringkas.

Untuk rekod, Shakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama Alif Adha Hamil pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Pada tahun sama, Sakinah kembali berumah tangga dengan lelaki asal Sweden iaitu Michael Hensen namun ikatan itu juga berakhir dengan penceraian dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain