suria

Anais tunjuk minat dalam bidang seni, Sakinah sokong tapi pentingkan pendidikan - “Anak saya sekolah agama tau!”

Sakinah syukur Anais hadir dalam hidupnya.

PELAKON Sharifah Sakinah masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya iaitu Aliff Adha dalam membesarkan satu-satunya anak perempuan mereka.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 35, berkata, Aliff sangat komited dan memberi kerjasama apabila berkaitan dengan hal anak perempuan mereka iaitu Anais Adha.

Malah Sakinah turut menyifatkan bekas suaminya itu kurniaan Allah walaupun mereka sudah tiada ikatan suami isteri.

"Dia (Aliff) adalah ibu sebenarnya! Aliff memang bagus dan saya sangat bersyukur dikurniakan bekas suami macam dia.

size NP 1 - 2024-05-07T162745.991

Sakinah bersykur kehadiran Anais melengkapi hidupnya.

"Hubungan Anais dengan bapanya pun sangat baik. Tak tahu kenapa Tuhan berikan saya rezeki kehidupan sebegini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sakinah berkata walaupun Anais baru berusia tujuh tahun namun anaknya itu bijak menjawab soalan apabila ada rakan-rakan bertanya mengenai situasi dia dan Aliff.

Kata Sakinah, sebagai ibu dia bersikap jujur mengenai penceraiannya dengan bekas suami dan tidak menanamkan perkara buruk dalam minda anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa dengan isu semasa dunia, Sharifah Sakinah berehat dua minggu daripada guna media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan dianggap narsisistik, Sakinah minta Nad Zainal berpijak di bumi nyata

"Dekat sekolah hanya dia sahaja yang ibu bapa sudah bercerai. Kadang-kadang kawan dia tanya kenapa ada dua rumah dan Anais jawab ibu dan ayah sudah berpisah... Siap terangkan kepada mereka.

"Ketika menetap di Sweden, 50 peratus pasangan bercerai di sana dan ia perkara normal. Sebaliknya di Malaysia, nak normalisasikan perkara itu sangat sukar.

"Sebab itu pentingnya bercuti ke luar negara. Tengok budaya luar, penceraian itu perkara biasa," jelasnya.

Aliff memang bagus dan saya sangat bersyukur dikurniakan bekas suami macam dia.

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

Sementara itu, Sakinah memberitahu Anais mempunyai bakat dalam bidang seni yang mungkin diwarisi daripada keluarganya.

Sebagai ibu, Sakinah menyokong jika anak perempuannya itu mahu bergelar artis namun tetap mementingkan pendidikan Anais.

"Anais nak ke arah bidang seni. Saya benarkan dan beri sokongan. Saya rasa dia dapat daripada keluarga kami.

size NP 1 - 2024-05-07T162758.075

Aliff dan Sakinah beri sokongan penuh jika Anais mahu menceburi bidang seni.

"Bekas suami pun sokong tapi apa-apa pun kena seimbang dengan pelajaran. Anak saya sekolah agama tau!

"Dia suka melukis malah di hadapan kamera pun dia natural jadi model, menangis pun boleh," ujarnya.

Untuk rekod, pelakon itu berkahwin dengan Aliff pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

Pada tahun sama, Sakinah kembali berumah tangga dengan lelaki asal Sweden iaitu Michael Hensen namun ikatan itu juga berakhir dengan penceraian dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain