suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 11 bulan ditemukan masih bernyawa selepas ditanam hidup-hidup, tuala balut sangkar jadi penyelamat... Bapa didakwa cubaan bunuh

Lokasi mangsa ditemukan tertanam selama 24 jam.

SEORANG bayi lelaki berusia 11 bulan ditemukan masih hidup di dalam sangkar anjing selepas dipercayai ditanam selama kira-kira 24 jam.

Bayi ajaib yang dikenali sebagai Koah Sharp itu berjaya diselamatkan selepas pasukan mencari terdengar tangisannya dari bawah tanah ketika memeriksa kawasan yang kelihatan baru digali. 

Berdasarkan laporan, kejadian di Batesburg-Leesville, South Carolina, Amerika Syarikat itu terbongkar pada Selasa selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan susulan laporan kehilangan sehari sebelumnya. 

Sherif Daerah Lexington, Jay Koon berkata, Koah pada mulanya dijaga neneknya sebelum wanita itu meninggalkannya bersama bapanya, Michael Comer, 25, untuk keluar menyelesaikan urusan.

"Apabila penjaga yang sepatutnya mengambil alih tiba, Comer sudah tiada dan Koah dilaporkan dibawa bersamanya," katanya. 

Bimbang keselamatan mangsa, kamera litar tertutup (CCTV) diteliti bagi mengesan kedudukannya.

Namun malangnya, rakaman berkenaan hanya memaparkan Comer yang berada seorang diri.

Susulan itu, dia ditahan pada malam Isnin di sebuah bangunan berasingan daripada rumah keluarganya.

Polis kemudiannya menggerakan lebih 100 anggota daripada beberapa agensi bagi menyertai operasi mencari sebelum pasukan itu menemukan tanah yang kelihatan baru digali berhampiran rumah datuk Koah.

Sebaik terdengar tangisan bayi itu, mereka bergegas menggalinya keluar. 

Menurut Koon, suhu yang sejuk dan ruang udara yang dipercayai terbentuk daripada tuala yang membalut sangkar itu mungkin membantu Koah bertahan hidup.

Mangsa seterusnya dibawa ke hospital sejurus diselamatkan dan dibenarkan keluar pada malam sama. 

Dia kini bersama ahli keluarganya dan dijangka pulih sepenuhnya.

Penemuan tersebut membuatkan suspek didakwa atas beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan pecah masuk. -Agensi

Artikel Lain